KUALA LUMPUR: Terdapat keperluan untuk Malaysia menubuhkan suruhanjaya bebas mengenai perubahan iklim, bagi dipertanggungjawabkan memantau dan melaporkan pencapaian pengurangan pelepasan karbon dioksida tahunan kepada orang ramai ataupun parlimen dalam melihat kemajuan negara dalam mencapai sifar karbon menjelang 2050.
Mantan Presiden Persekutuan Persatuan Perubatan Swasta Dr Milton Lum berkata walaupun 2050 masih jauh, tetapi persoalannya ialah apakah pencapaian yang hendak dicapai negara ke arah itu dan siapakah yang akan melaporkan pencapaian itu dan kepada siapa.
"Terdapat perbincangan mengenai perubahan iklim, tetapi tiada sesiapa yang risau mengenainya, kerana ia bukan sesuatu yang berlaku dan memberikan ancaman mendadak. Ia tidak menenggelamkan, tetapi jika ia satu ancaman segera seperti COVID-19, semua akan patuhinya seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
"Semua perlu sedar bahawa wujudnya masalah ini dan ia bermakna pihak berkuasa perlu menyedarkan orang ramai yang terdapatnya masalah (perubahan iklim) ini.
"Kerajaan perlu merancang kaedah menganganinya dan memastikan kaedah itu diterima dan dilaksanakan oleh orang ramai, kerana ia suatu cabaran yang besar," katanya pada program Bernama TV 'The Nation : Impak Perubahan Iklim Terhadap Kesihatan Manusia', di sini semalam.
Dr Lum berkata ramai orang tidak menganggap perubahan iklim sebagai satu masalah, tetapi jika digunakan sains kelakuan seperti yang dikatakan Menteri Kesihatan Khairy jamaludin di Geneva baru-baru ini, anda akan dapat menyampaikan mesej anda dengan lebih baik.
Beliau berkata Khairy menyatakan mengenai penggunaan sains kelakuan dan aplikasinya dalam meningkatkan kadar vaksinasi COVId-19 di negara ini, yang merupakan suatu yang perlu dipuji kerana maklumat tentang COVID-19 telah disampaikan dengan lebih berkesan.
"Penyebab utama perubahan iklim ialah aktiviti manusia, terutamanya pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas, dan ini menyebabkan pelepasan gas rumah hijau yang terutamanya karbon dioksida dan metana.
"Terdapat tapak pelupusan sampah menyebabkan pelepasan metana dan dianggarkan bahawa pelepasan karbon dioksida masa kini adalah tertinggi dalam tempoh dua juta tahun dan ia bukanlah satu angka yang boleh diremehkan," katanya.
Dr Lum berkata kita telahpun melihat kesan perubahan iklim pada kesihatan manusia, bekalan air dan sekuriti makanan kerana apabila bekalan air terjejas, ia meningkatkan lagi penyebaran penyakit yang tersebar melalui air dan kekurangan bekalan air bersih akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit lain.
"Sekuriti makanan adalah masalah yang disebabkan perubahan iklum dan akan menyebabkan kekurangan zat dan berdasarkan kepada penemuan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), Malaysia mempunyai kadar kekurangan zat tertinggi di rantau ASEAN.
"Negara-negara Scandinavia telah menunjukkan bahawa negara itu dapat mengurangkan perubahan iklim pada ketika peningkatan ekonomi mereka dan Malaysia harus belajar daripada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
![Malaysia perlu tubuhkan suruhanjaya bebas berkaitan perubahan iklim Malaysia perlu tubuhkan suruhanjaya bebas berkaitan perubahan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653876383_cuacapanas.jpg)
Dr Lum berkata, apabila bekalan air terjejas, ia meningkatkan lagi penyebaran penyakit yang tersebar melalui air. - Gambar hiasan/BERNAMA
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
![Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721173465_tblelakiditahanAI.jpg)
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
![Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721173401_tbfloodedsectionD.jpg)
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
![Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721172424_tbGrandHyattErawan.jpg)
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
![Malaysia perlu tubuhkan suruhanjaya bebas berkaitan perubahan iklim Malaysia perlu tubuhkan suruhanjaya bebas berkaitan perubahan iklim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653876383_cuacapanas.jpg)
Malaysia perlu tubuhkan suruhanjaya bebas berkaitan perubahan iklim
Walaupun 2050 masih jauh, tetapi persoalannya ialah apakah pencapaian yang hendak dicapai negara ke arah itu.
![Kerajaan dicadang tubuh suruhanjaya bebas bela OKU - Ras Adiba Kerajaan dicadang tubuh suruhanjaya bebas bela OKU - Ras Adiba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649684058_DatukRasAdibaRad.jpg)
Kerajaan dicadang tubuh suruhanjaya bebas bela OKU - Ras Adiba
Penubuhan suruhanjaya itu membolehkan golongan berkenaan menyalurkan sebarang bentuk aduan, rayuan dan petisyen berkaitan pelanggaran hak OKU.
![Badan Peguam Malaysia gesa kerajaan segera tubuh IPCMC Badan Peguam Malaysia gesa kerajaan segera tubuh IPCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526251086_TBPRESIDENMAJLISPEG.jpg)
Badan Peguam Malaysia gesa kerajaan segera tubuh IPCMC
Badan Peguam Malaysia hari ini menggesa kerajaan menunaikan janjinya dan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tanpa berlengah lagi.
![Pinda undang-undang rasuah secara menyeluruh - SPRM Pinda undang-undang rasuah secara menyeluruh - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/51431174651_295x200.jpg)
Pinda undang-undang rasuah secara menyeluruh - SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berharap undang-undang berkaitan rasuah akan disemak secara menyeluruh bagi membolehkan jenayah rasuah dapat ditangani dengan holistik.