KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mula mengkaji dengan teliti untuk mengeksport perkhidmatan pensijilan halalnya ke negara lain yang meminta bantuan tersebut, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata pensijilan halal Malaysia dianggap sebagai piawaian emas global berikutan ekosistem halalnya yang mantap serta rangka kerja pengawalseliaan yang kukuh dan berada pada kedudukan baik untuk menguasai sebahagian besar pasaran ini.
"Sudah tiba masanya untuk kita mula berfikir untuk mengeksport perkhidmatan pensijilan halal ke negara lain yang meminta sokongan kita,” katanya semasa melancarkan inisiatif Akreditasi Halal & Peningkatan Teknologi (HATI), di sini, pada Isnin.
Tengku Zafrul berkata isu ini turut dibincangkan semasa misi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan pada Mei lepas serta misi perdagangannya ke Vietnam baru-baru ini.
"Kerajaan semua negara ini telah meminta bantuan dan sokongan Malaysia dalam pensijilan halal untuk industri pertanian dan makanan diproses mereka.
"Ketika kita mengorak langkah kehadapan, penting bagi kita untuk menyedari potensi amat besar pasaran halal global, yang dijangka berkembang sekurang-kurangnya US$5 trilion (US$1=RM4.67) menjelang 2030," katanya.
Sementara itu mengenai HATI, Tengku Zafrul berkata, inisiatif tersebut dilancarkan bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dengan pasaran halal utama dan meningkatkan penyertaan dalam rantaian nilai global.
Menerusi peruntukan dana sebanyak RM100 juta, beliau berkata, inisiatif itu akan membantu akses pasaran yang lebih baik bagi produk halal Malaysia, menggalakkan pertukaran amalan terbaik dan memupuk inovasi dalam seluruh industri.
"Saya yakin HATI akan membuka jalan kepada proses akreditasi halal yang lebih cekap, telus dan diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya.
Menurutnya, dengan memanfaatkan penyelesaian digital dan amalan inovatif, HATI disasarkan agar dapat menyelaraskan proses pensijilan, mengurangkan ketidakcekapan operasi dan menyokong perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana dalam memenuhi standard halal global.
"Inisiatif ini bukan hanya memberi manfaat kepada perusahaan tempatan kita tetapi juga meningkatkan reputasi Malaysia sebagai pengeluar produk halal berkualiti tinggi.
"MITI, menerusi Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), akan memastikan pelaksanaan HATI dijalankan dengan cekap bagi mencapai matlamat yang disasarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
![Malaysia perlu mula kaji eksport perkhidmatan pensijilan halal - Tengku Zafrul Malaysia perlu mula kaji eksport perkhidmatan pensijilan halal - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037960_tbTengkuZafrul.jpg)
Tengku Zafrul berkata pensijilan halal Malaysia dianggap sebagai piawaian emas global berikutan ekosistem halalnya yang mantap serta rangka kerja pengawalseliaan yang kukuh. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Malaysia perlu mula kaji eksport perkhidmatan pensijilan halal - Tengku Zafrul Malaysia perlu mula kaji eksport perkhidmatan pensijilan halal - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037960_tbTengkuZafrul.jpg)
Malaysia perlu mula kaji eksport perkhidmatan pensijilan halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu mula mengkaji dengan teliti untuk mengeksport perkhidmatan pensijilan halalnya ke negara lain yang meminta bantuan tersebut.