KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melihat semula dasar dan polisi berhubung layanan terhadap pelarian di negara ini, kata Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Tom Andrews.
Bekas Senator Amerika Syarikat itu berkata, terlalu banyak kisah pelarian Rohingya tentang bagaimana mereka diberi layanan buruk, termasuk oleh pihak berkuasa, sewaktu berlindung di negara ini.
Tegasnya lagi, semua pihak harus menyedari bahawa kehadiran pelarian Rohingya di negara ini bukan atas kehendak mereka, tetapi kerana terpaksa bagi melepaskan diri dari kesengsaraan akibat tindakan pemerintahan junta tentera di Myanmar.
“Sebagai contoh, saya mendengar kisah mereka diberi layanan yang tidak berpatutan, wang mereka diambil, dan ada antara mereka yang dipukul oleh anggota polis. Dan sudah tentu kita juga mendengar kisah mereka sewaktu di pusat tahanan.
“Saya rasa penting untuk mengkaji semula amalan seperti ini, lihat semula dasar atau mana-mana amalan yang memburukkan lagi penderitaan rakyat Myanmar di negara ini,” katanya lagi.
Andrews berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan dapatannya berhubung situasi semasa hak asasi penduduk di Myanmar, serta pengiktirafan terhadap ketegasan Malaysia di peringkat ASEAN.
Dalam pada itu Andrews berkata, kehadiran beliau di sini adalah atas jemputan Kementerian Luar, dan sewaktu di Malaysia, beliau telah bertemu dengan ramai pihak termasuk pihak Wisma Putra, badan-badan bukan kerajaan, aktivis, dan juga pelarian Rohingya.
Katanya lagi, Malaysia merupakan negara ASEAN yang pertama yang menjemput beliau selaku pelapor khas PBB untuk berkongsi pandangan mengenai hak asasi rakyat di Myanmar.
Namun, Andrews berkata, beliau masih gagal untuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk membincangkan mengenai dasar dan polisi layanan yang tidak begitu memberangsangkan terhadap pelarian tersebut.
Dalam pada itu beliau berkata, pendirian kerajaan Malaysia dan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah untuk ASEAN lebih tegas terhadap Myanmar, amat dialu-alukan.
“Malaysia bukan sahaja memahami keadaan ini, malah Menteri Saifuddin turut menggesa ASEAN untuk melihat semula pendirian dan dasar semasa mereka terhadap Myanmar. Menteri Saifuddin telah memanggil ASEAN untuk mengubah pendirian dari ‘non-interference’ kepada ‘non-indifference'.
“Kita semua sedia maklum mengenai lima perkara konsensus ASEAN. Dan Malaysia telah menyuarakan fakta bahawa selepas setahun, tiada apa yang berlaku, tetapi lebih ramai rakyat terbunuh dan dipaksa meninggalkan negara tersebut,” katanya lagi.
Atas sebab itu, Andrews berkata, kepimpinan Malaysia perlu diteladani, dan beliau berasa gembira kerana dapat hadir ke negara ini.
Katanya lagi, beliau sedia untuk menyokong dasar luar Kerajaan Malaysia berhubung isu Myanmar, untuk mengukuhkan pendirian tentang hak asasi, dan mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Myanmar ketika ini.
Firdaus Azil
Thu Jun 23 2022

Tom Andrews berkata, Malaysia negara ASEAN yang pertama yang menjemput beliau selaku pelapor khas PBB untuk berkongsi dapatan tentang hak asasi rakyat Myanmar. - Gambar fail/Reuters

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.

Malaysia perlu kaji semula dasar tentang pelarian Rohingya - Pelapor Khas PBB
Malaysia negara ASEAN yang pertama yang menjemput beliau selaku pelapor khas PBB untuk berkongsi dapatan tentang hak asasi rakyat Myanmar.

Akta Profesion Kerja Sosial bakal diwujud
Langkah diambil supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat memberikan fokus kepada skop tugas pekerja sosial.

Merungkai kekeliruan kadar kemiskinan
Pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan pengagihan yang tidak seimbang serta kesan dasar-dasar "peningkatan" harga seperti GST dan rasionalisasi subsidi menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup.