KUALA LUMPUR: Malaysia perlu membangunkan pelan tindakan bagi mengekalkan bakat sedia ada dan menarik generasi baharu penanam untuk menjadi penggerak industri.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata industri ini akan menghadapi kekurangan penanam yang berbakat dan berkelayakan.
"Sesetengah penanam telah bersara atau akan bersara malah ada yang mencari 'padang rumput yang lebih hijau' di negara lain.
"Susulan ini, sektor perladangan akan menghadapi kekurangan penanam yang berkelayakan," katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Penanam Antarabangsa Ke-10 (IPC 2023) di sini, pada Isnin.
Teks ucapan dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli@Sukari.
Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata kerja berpasukan perlu mencari penyelesaian demi kelangsungan industri.
Kementerian ini telah mewujudkan pelbagai platform dan mekanisme untuk pihak berkepentingan berkongsi idea, pengetahuan dan maklum balas mengenai pembentukan dasar dan garis panduan, katanya.
"Kita memerlukan persetujuan dan konsensus untuk bergerak ke hadapan dalam mencapai matlamat kita dan Incorporated Society of Planters (ISP) boleh melakukan peranan aktif dalam pembentukan dasar dan garis panduan," katanya.
Fadillah berkata pihaknya akan mengambil bahagian dengan skim dan peraturan yang berdaya maju untuk memastikan penyesuaian teknologi platform penting dan meningkatkan produktiviti melalui teknologi canggih.
"Dalam perkara ini, Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) boleh berperanan aktif dalam merealisasikan matlamat ini," katanya.
Beliau berkata seiring dengan usaha kerajaan berdasarkan Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), penanam diharap dapat dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan digital terkini yang boleh dipraktikkan untuk mengatasi semua isu dan cabaran dalam industri.
"Memandangkan kerajaan telah bersetuju untuk mengehadkan jumlah kawasan tanaman sawit, tanggungjawab adalah pada penanam bagi meningkatkan produktiviti tanah sedia ada melalui amalan pertanian baik, bahan penanaman genomik baharu serta mekanisasi dan automasi," katanya.
Beliau berkata selain itu perlu bijak menguruskan kos operasi walaupun kos input meningkat.
Fadillah berkata di peringkat global, Malaysia berkedudukan sebagai pengeksport sarung tangan getah terbesar, pengeluar dan pengeksport minyak sawit kedua terbesar, pengeluar lada kelima terbesar, pengisar koko keenam terbesar dan pengeksport perabot ke-12 terbesar.
"Kerajaan menumpukan usaha bersepadu untuk memberi nafas baru kepada semua sektor ekonomi bagi memastikan momentum pertumbuhan dipulihkan.
"Bagi tujuan ini, tumpuan akan diberikan kepada usaha menggalakkan perubahan struktur melalui penyatuan tanah, meningkatkan penggunaan analisis data raya, penggunaan teknologi, mempercepat pembangunan bakat, mengembangkan dan mempelbagaikan pasaran eksport, menambah baik tadbir urus dan dasar untuk memenuhi permintaan kemampanan dan merealisasikan model perniagaan ekonomi sirkular seperti dalam industri biojisim," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Teks ucapan Fadillah dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli@Sukari sempena perasmian Persidangan Penanam Antarabangsa Ke-10 (IPC 2023) pada Isnin. - Foto Bernama
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.
PM lancar Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM
Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM merupakan Rangka Tindakan (Blueprint) ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) menerusi penyedia perkhidmatan terurus TM.
Bermulanya norma baharu kesiapsagaan organisasi komersial
Semua organisasi komersial tidak boleh lari dan wajib berjaga-jaga, berhati-hati serta senantiasa patuh kepada peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
Ketagihan dadah, jika tidak dibendung, negara kerugian tenaga belia - Muhyiddin
Jumlah tersebut adalah 73.6 peratus daripada 116,206 orang penagih yang dikesan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi tempoh lima tahun berkenaan.
Kerajaan PH tidak 'buang' pelan tindakan masyarakat India
Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata kerajaan akan meneliti semula dan membuat penambahbaikan MIB supaya golongan sasaran iaitu kumpulan B40 menerima manfaat secara keseluruhannya.