KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 25,000 tenaga kerja dalam bidang keselamatan siber pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, ketika ini, dianggarkan terdapat hanya 13,000 pekerja di pasaran.
"Kerajaan memandang serius keperluan untuk meningkatkan keupayaan, kapasiti dan bilangan profesional, serta tenaga kerja mahir dalam bidang keselamatan siber bagi melengkapkan ekosistem keselamatan siber negara.
"Bagi menangani kekurangan 12,000 pekerja yang diperlukan, kerjasama antara pihak kerajaan, institusi pendidikan dan pemain industri amat kritikal," katanya.
Anwar berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan selepas merasmikan program Pembangunan Kapasiti dan Dialog Awam Rang Undang-Undang Keselamatan Siber di Institut Antarabangsa Pemikiran Tamadun Islam dan Alam Melayu di sini hari ini.
"Saya menyambut baik inisiatif yang dilancarkan hari ini, melalui kerjasama strategik antara Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4), (NACSA), Institusi Pengajian Tinggi dan pemain industri dalam usaha untuk menambah baik dan menyegerakan kesediaan, keupayaan dan kecekapan keselamatan siber di Malaysia," katanya.
Anwar berkata inisiatif itu didukung melalui sumbangan biasiswa bernilai RM5 juta oleh Majlis Suruhanjaya Eropah kepada NACSA bagi membantu mempertingkatkan keupayaan dan keberkesanan keselamatan siber negara.
"Saya dimaklumkan sebanyak 2,000 rakyat Malaysia akan memperoleh manfaat daripada biasiswa ini melalui kursus-kursus keselamatan siber bertaraf antarabangsa, serta penempatan pegawai dan penyelidik di NACSA," katanya.
Turut hadir sama pada majlis itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Nushirwan Zainal Abidin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
ANWAR: Bagi menangani kekurangan 12,000 pekerja yang diperlukan, kerjasama antara pihak kerajaan, institusi pendidikan dan pemain industri amat kritikal. -Gambar fail/Bernama
[TERKINI] GISB: Siasatan kini libatkan 10 peruntukan undang-undang
Siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings yang sebelum ini hanya melibatkan empat peruntukan undang-undang kini telah meningkat kepada 10 peruntukan.
Tunggu Majlis Raja-Raja perkenan pandangan muzakarah MKI
Jelas Datuk Mohd Na'im, terma pandangan hukum digunakan berikutan Jawatankuasa Fatwa MKI tiada kuasa mengeluarkan fatwa kerana ia hanya boleh diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri.
Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.
Protes di Pakistan: Polis lepaskan gas pemedih mata suraikan perhimpunan anti-kerajaan
Polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan anti-kerajaan oleh penyokong bekas Perdana Menteri Imran Khan yang dipenjara berhampiran kawasan D-Chowk di Islamabad.
Warga emas ditemukan maut di kebun disyaki dipijak gajah
Seorang lelaki warga emas ditemukan mati di kawasan kebunnya disyaki akibat dipijak gajah di Kampung Basung, Hulu Terengganu.
Anwar tekankan keperluan perkukuh hubungan ketenteraan Malaysia-Pakistan
Anwar memuji "peranan Angkatan Tentera Pakistan dalam keamanan dan kestabilan serantau, mengakui profesionalisme dan pengorbanan mereka dalam memerangi keganasan".
Pulangkan semula kekayaan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin yang mengaut kekayaan dari hasil negara, agar mengembalikannya semula kepada rakyat dan negara.
Kerajaan tumpu tatakelola basmi kemiskinan
Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada tatakelola bagi memastikan bantuan untuk membantu rakyat miskin sampai kepada golongan sasaran.
GISB sesat atau tidak? Pandangan hukum sudah ada, tunggu perkenan Majlis Raja-Raja - Mohd Naím
Selepas Majlis Raja-Raja beri perkenan kepada pandangan hukum terbabit, maka negeri-negeri akan bawa pandangan hukum itu kepada jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan oleh mufti negeri masing-masing
AWANI Ringkas: Kerajaan perluas rangkaian pusat kanser
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anwar tekankan keperluan perkukuh hubungan ketenteraan Malaysia-Pakistan
Anwar memuji "peranan Angkatan Tentera Pakistan dalam keamanan dan kestabilan serantau, mengakui profesionalisme dan pengorbanan mereka dalam memerangi keganasan".
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Kerajaan MADANI pulih keyakinan pelabur melalui usaha basmi rasuah - PM Anwar
Anwar berkata pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
PM Anwar saran Pakistan manfaatkan Malaysia sebagai pintu gerbang ASEAN
Anwar mengetengahkan peranan strategik Malaysia sebagai pintu gerbang untuk Pakistan mendapat akses terhadap peluang ekonomi rantau ASEAN.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).