Malaysia akan terus berusaha untuk memperkasakan peranan wanita dalam pengurusan risiko bencana untuk memastikan 100 peratus penduduk dilindungi dan mendapat manfaat daripada usaha pengurangan risiko dan pembentukan daya tahan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pendekatan Malaysia kepada pengurangan risiko bencana (DRR) adalah berpandukan kepercayaan bahawa peranan wanita adalah penting dalam menjadikan masyarakat lebih berdaya tahan dan berada dalam kesiapsiagaan yang lebih baik bagi menghadapi perubahan landskap bencana yang berterusan.
"Wanita merupakan kumpulan di lapangan, dan wanita yang mampu menggerakkan keluarga dan komuniti mereka jika diberi peranan, pengetahuan, dan pemerkasaan yang sewajarnya.
"Wanita tidak sepatutnya dilihat sebagai mangsa semata-mata, kerana seperti lelaki mereka juga memiliki kemahiran dan kemampuan untuk mempersiapkan, memberi respon dan pulih dari bencana, serta mengurus risiko dan membina ketahanan," katanya ketika berucap pada sesi khas Kepimpinan Wanita dalam DRR pada Platform Global bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR) di sini pada Rabu.
Dr Wan Azizah, yang juga Menteri bertanggungjawab bagi Pengurusan Bencana berkata, di Malaysia, peranan dan kepimpinan wanita dalam DRR telah berkembang pesat dan kira-kira 30 peratus daripada mereka yang memegang jawatan pembuat keputusan di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA ) adalah wanita.
Beliau berkata Malaysia percaya bahawa wanita adalah tenaga kekuatan dalam pembinaan daya tahan dan DRR dan oleh itu, kerajaan akan memanfaatkannya untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus penglibatan wanita dalam perancangan pengurusan bencana dan program DRR.
"Justeru, kerajaan Malaysia kini bekerjasama rapat dengan NGO tempatan kami untuk mewujudkan lebih banyak peluang untuk wanita terlibat secara aktif dalam membina daya tahan dan DRR.
"Satu hasil daripada kesalinghubungan ini adalah perubahan reka bentuk tempat perlindungan sementara untuk bencana dan penyediaan makanan untuk ibu hamil dan wanita yang menyusukan anak serta mereka yang memerlukan perhatian khusus," katanya.
Dr Wan Azizah berkata untuk memperkasa dan menggalakkan wanita untuk terlibat secara aktif dalam DRR, akses mereka kepada pendidikan dan kemudahan kesihatan perlu dijamin.
Beliau berkata dalam konteks ini, kerajaan Malaysia melalui pelbagai mekanisme memastikan bahawa dasar diskriminasi yang menghalang akses wanita kepada pendidikan dan kesihatan dihapuskan sepenuhnya.
"Pada 2018, pencapaian pendidikan wanita kita lebih tinggi daripada lelaki. Tahun lepas, kadar enrolmen wanita dalam pendidikan tinggi adalah 48 peratus berbanding 38 peratus bagi lelaki.
"Sekiranya kita mengambil kira faktor jangka hayat untuk menunjukkan akses kepada kemudahan kesihatan, wanita pada umumnya hidup lebih lama daripada lelaki di Malaysia," kata beliau.
Dr Wan Azizah berkata purata jangka hayat untuk wanita di Malaysia bagi tahun 2018 ialah 77.2 tahun, iaitu 10 tahun lebih panjang berbanding lelaki. -- Bernama
Bernama
Wed May 15 2019

Dr Wan Azizah menyampaikan pernyataan negara pada sesi pleno GPDRR di Pusat Konvesyen Antarabangsa Geneva pada Rabu. - BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 8 malam ini.

Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.

JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana diarahkan untuk kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Kebakaran di selatan California terkawal sepenuhnya selepas 24 hari
Kebakaran Palisades bermula di Pacific Palisades, timur Malibu, sebelum merebak dengan pantas.

Sistem amaran awal, ramalan dan hebahan kurangkan kerosakan bencana sehingga 30 peratus - Pakar
Sistem amaran awal, sistem ramalan bencana dan sistem hebahan yang baik boleh mengurangkan kerosakan akibat bencana sehingga 30 peratus.

Taufan Fengal ragut 19 nyawa di India, Sri Lanka
Puducherry di India dilanda hujan selama 24 jam yang merekodkan paling lebat dalam tempoh 30 tahun.

281 lokasi terjejas bencana di seluruh negara, paling banyak di Terengganu
Sebanyak 281 lokasi di seluruh negara terkesan pelbagai kejadian bencana susulan hujan yang melanda negara dengan paling banyak direkodkan di Terengganu iaitu 131 lokasi.

Mangsa banjir di lima negeri meningkat, tiga lagi menurun
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat ini berbanding 91,279 orang petang tadi.

Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.