KUALA LUMPUR: Malaysia adalah salah satu negara yang paling mudah untuk dilawati dalam era pasca pandemik (COVID-19), kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata ini termasuk kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bermula 1 Mei lalu dengan pengembara yang telah lengkap divaksinasi dan individu bawah 17 tahun dikecualikan daripada ujian COVID-19 prapelepasan dan semasa ketibaan.
"Polisi perlindungan insurans bukan prasyarat untuk warga asing memasuki negara ini," katanya pada jamuan malam menjalin rangkaian dengan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Thailand (TTAA) di sini, pada Isnin.
Nancy berkata Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang bandaraya bersejarah Melaka sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO dan pengiktrafan tersebut diharap dapat meningkatkan lagi kedatangan warga Thailand.
"Thailand adalah seperti abang besar kami dan kekal sebagai salah satu pasaran jarak dekat," katanya.
Nancy berkata Malaysia merekodkan lebih 1.8 juta ketibaan pelancong Thailand pada 2019 dengan hampir 70 peratus adalah pengembara berulang untuk bercuti, membeli-belah dan melawat rakan dan saudara mara mereka.
Beliau berkata aktiviti popular pelancong Thailand ialah bersiar-siar di bandar, membeli-belah dan melawat tapak bersejarah termasuk muzium dan negeri yang paling banyak dikunjungi ialah Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.
"Kami (Malaysia dan Thailand) bukan sahaja akrab sebagai negara jiran, tetapi Malaysia juga destinasi nilai untuk wang," kata Nancy.
Bercakap kepada pemberita selepas acara itu, Nancy berkata Malaysia menyasarkan dua juta pelancong Thailand melawat negara ini menjelang akhir tahun ini.
Nancy berkata Malaysia mungkin menyemak semula bilangan kedatangan pelancong pada September ini memandangkan jumlah pelancong yang datang ke negara ini adalah menggalakkan pada masa ini.
Malaysia pada mulanya menyasarkan ketibaan dua juta pelancong sejak negara itu membuka semula sempadannya pada 1 April. Jumlah itu meningkat kepada 4.5 juta pelancong bulan lepas dan penyumbang utama ketibaan pelancong ialah dari Singapura diikuti India dan Thailand.
Sementara itu, presiden TTAA, Charoen Wangananont, dalam ucapan terima kasihnya, menyatakan komitmennya untuk mempromosikan Malaysia khususnya Melaka kepada rakyat Thailand.
Tourism Malaysia berkata seramai 97 anggota delegasi TTAA, pengusaha pelancongan dan media telah dijemput untuk lawatan suai kenal selama empat hari tiga malam di Kuala Lumpur, Genting Highlands dan Melaka dari 18 hingga 21 Julai.
Lawatan suai kenal itu bertujuan untuk menjadi platform bagi TTAA untuk mewujudkan rangkaian dan hubungan bersama dengan Tourism Malaysia, selain mengumpulkan pengetahuan tentang kemas kini produk pelancongan di Malaysia untuk disebarkan kepada ahli dan pelanggan TTAA.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022

Malaysia menyasarkan dua juta pelancong Thailand melawat negara ini menjelang akhir tahun ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita
Dasar Wanita Negara 2025-2030 dilancarkan secara rasmi pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita di Malaysia.

Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan - Nancy
Dasar Wanita Negara 2025-2030 yang dilancarkan hari ini, bertujuan memperhalusi dan menambah baik dasar sedia ada serta memperkukuh lagi langkah penguatkuasaan terhadap pelaku keganasan rumah tangga.

Jangan mudah kongsi, sebar video kanak-kanak mangsa cabul - Nancy
Nancy berkata kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa itu dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan perbuatan menyebar serta berkongsi video berkenaan adalah tidak wajar.

YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini menyalurkan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.

Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.

WEC 2025 bincang konsep 'caregiverpreneurship' - Nancy
Konsep 'caregiverpreneurship' akan menjadi antara topik dibincangkan semasa Persidangan Keusahawanan Wanita (WEC) 2025, pada 21 dan 22 Feb ini.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.

100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.

Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.