Kerajaan sedang meneliti kemungkinan mengikut langkah Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong yang menggubal dasar berkaitan kemasukan buruh asing di negara mereka.
Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran menjelaskan antara kandungan dasar berkenaan ialah mewajibkan setiap buruh asing yang bekerja dalam pelbagai sektor perkhidmatan dan pengeluaran, untuk pulang ke negara asal selepas permit mereka tamat tempoh.
Katanya, di negara seperti Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan, pekerja-pekerja yang telah tamat tempoh permitnya akan diambil kembali oleh negara asal mereka.
“Itu hasrat mana-mana kerajaan, itu akujanji yang kita buat dengan kerajaan-kerajaan lain.
“Tetapi anehnya di negara kita, kita ada di mana situasi ramai di antara pekerja yang datang bekerja di sini lepas itu dia tidak pulang balik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-menteri Buruh ASEAN pada Rabu.
Selain itu Malaysia bakal menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Bangladesh, Indonesia dan Vietnam untuk kerjasama buruh yang membabitkan beberapa pindaan terhadap perjanjian dimeterai sebelum ini.
Fasa pertama MoU itu dimeterai antara Malaysia dengan Nepal pada 29 Oktober lalu, bertujuan menangani sindiket penyeludupan manusia dan eksploitasi pekerja.
Beliau berkata, inti pati baharu yang menyaksikan bayaran rekrut, tiket penerbangan dua hala, visa, pemeriksaan kesihatan dan caj levi ditanggung majikan berbanding pekerja seperti terkandung dalam MoU itu, turut selaras syarat digariskan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
“MoU ini (kerjasama buruh) rata-ratanya hampir tamat, justeru kita memasuki fasa baharu yang akan dimeterai dengan negara sumber berkaitan.
“Diharap inti pati perjanjian sama berupaya dimeterai dengan Bangladesh, Vietnam dan Indonesia yang sudah mengadakan perbincangan dengan kita.
“Negara seterusnya dalam fasa rundingan ialah Filipina dan kita menggariskan sasaran sama,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Kulasegaran berkata, penarafan Malaysia merosot ke ‘tahap 2 pemerhatian’ dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang untuk 2018, berbanding tahap 2 pada 2015 dan 2016.
Beliau berkata, natijah buruk dalam bentuk sekatan antarabangsa bakal dikenakan terhadap Malaysia jika penarafan negara terus merosot sehingga menyaksikan penyusutan satu lagi kedudukan.
“Negara luar tidak akan dibenarkan melabur di Malaysia (sekiranya penarafan kita terus merosot) dan ini lebih berbahaya daripada isu lain,” katanya.
Astro Awani
Wed Nov 28 2018
KULASEGARAN: Negara seperti Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan, pekerja-pekerja yang telah tamat tempoh permitnya akan diambil kembali oleh negara asal mereka. - BERNAMA/Fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Malaysia mungkin ikut langkah Jepun dan Korea Selatan berkaitan buruh asing
Antara kandungan dasar berkenaan ialah mewajibkan setiap buruh asing untuk pulang ke negara asal selepas permit mereka tamat tempoh.