KUALA LUMPUR: Malaysia memohon Arab Saudi supaya memaklumkan lebih awal kos-kos melibatkan urusan haji di Tanah Suci pada tahun ini bagi memastikan pengurusan jemaah haji Malaysia kekal terbaik.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam hantaran di Facebook hari ini berkata perkara itu antara yang dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar bersama pengurusan TH dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
Mohd Na'im dan rombongan kini dalam lawatan kerja ke Arab Saudi bagi membincangkan urusan ibadat haji musim 1444 hijrah/2023.
Menurut TH, turut dibincangkan adalah berkenaan jumlah asal kuota rasmi jemaah haji Malaysia yang sebelum ini dikurangkan akibat pandemik COVID-19.
"Selain itu, program Makkah Route yang menjadikan Malaysia sebagai negara perintis bermula tahun 2017 turut dibincangkan pada pertemuan ini. Program ini memberi keselesaan kepada jemaah negara kerana tidak perlu melalui imigresen apabila tiba di Arab Saudi," menurut kenyataan itu.
Dalam pertemuan itu juga, Dr Tawfiq memuji TH atas pengendalian haji yang terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi.
Kenyataan itu menyebut Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas layanan dan fasiliti baik yang sentiasa disediakan kepada jemaah haji negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023

Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas layanan dan fasiliti baik yang sentiasa disediakan kepada jemaah haji negara. - Gambar/ Unsplash
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

TNB: Menjana masa depan, 60% keuntungan disalur kembali kepada rakyat
TNB sebagai sebuah GLC yang bertanggungjawab, komited terhadap kemampanan kewangan dan melabur semula kejayaannya kepada Malaysia.

Kerajaan jamin perkhidmatan Tabung Haji terus berkualiti
Kerajaan memberi jaminan kualiti perkhidmatan Tabung Haji sempena musim haji kali ini tetap berkualiti walaupun jumlah petugas bagi rombongan haji tahun ini berkurangan lima peratus.

Perbincangan pengambilan semula aset TH dari UJSB dimuktamad dalam suku pertama 2025 - Mohd Na'im
Perbincangan berhubung pengambilan semula aset TH yang diserahkan kepada Urusharta Jamaah, dijangka dimuktamadkan suku pertama 2025.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

TH, Saudia Airlines meterai perjanjian penerbangan sewa khas lima tahun
Lembaga Tabung Haji memeterai perjanjian dengan syarikat penerbangan Saudia Airlines bagi menyediakan penerbangan sewa khas untuk membawa jemaah haji negara ke tanah suci.

Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.

Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.