Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia masih gagah berdiri sebagai negara contoh hubungan kaum yang harmonis berbanding negara lain yang sentiasa bergolak walaupun tidak terdiri daripada rakyat berbilang bangsa.
Beliau berkata, keharmonian yang terserlah dalam perayaan Tahun Baharu Cina contohnya, adalah cerminan betapa negara majmuk seperti Malaysia jauh lebih istimewa, dan berjaya berbanding kebanyakan negara lain.
Lebih menarik dan unik apabila suasana keharmonian di Malaysia turut dijelmakan ketika musim perayaan dengan amalan kunjung-mengunjung dan rumah terbuka, katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina beliau hari ini.
Namun, beliau berkata kerajaan sedar masih ada sesetengah pihak yang membuat tuntutan keterlaluan bertujuan mengganggu keharmonian.
"Mereka inilah sebenarnya duri dalam daging kepada pembinaan bangsa Malaysia. Tujuan mereka tidak lebih daripada hanya ingin memporak-perandakan keharmonian kaum di Malaysia dan memuaskan nafsu politik jangka pendek mereka," katanya.
Muhyiddin berkata beliau percaya rakyat Malaysia memahami erti keharmonian dan kestabilan yang dikecapi selama ini.
Beliau mengajak rakyat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus berikrar mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum menerusi kesedaran dan komitmen baharu.
"Formula kestabilan dan keharmonian negara yang diguna pakai selama ini bukan sahaja perlu dipertahan, bahkan dijana dengan penggemblengan lebih besar dalam proses integrasi kaum.
"Lebih banyak keuntungan akan diperoleh daripada kestabilan dan keharmonian yang lebih utuh sesama kita," tegas beliau.
Muhyiddin menarik perhatian bahawa formula yang telah diguna pakai oleh pemimpin terdahulu hingga sekarang dalam menguruskan perbezaan antara kaum adalah kunci kepada kemakmuran negara.
"Kehidupan rakyat yang aman dan sempurna telah dijadikan prasyarat utama sehingga membawa kepada kejayaan dan kemajuan Malaysia pada hari ini," katanya sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia berketurunan Tionghua.
Bernama
Tue Feb 17 2015

Muhyiddin mengajak rakyat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus berikrar mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum menerusi kesedaran dan komitmen baharu. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Berlainan bangsa, budaya serta agama bukan halangan penyatuan dan perpaduan
Dengan amalan saling hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni, hendaknya tidak ada mana-mana kaum yang mengganggap mereka dipinggirkan.

Jadi filem terakhir, rindu kehebatan Allahyarham Adibah Noor terubat dalam Eraser
Mereka berjaya menghasilkan Eraser seperti yang diinginkan dengan menjadikan cinta sebagai asas yang tidak boleh ditinggalkan dalam naskhah ini.

Tugas jaga perpaduan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata
Tugas menjaga perpaduan bukanlah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan semata-mata, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

Pendakwah asing perlu fahami keadaan Malaysia - Mujahid
Malaysia mempunyai pendekatan dan cara tersendiri dalam membentuk sebuah negara berbilang bangsa dan agama serta dapat mengekalkan keharmonian.

Pelbagai kaum sambut perayaan bersama, petanda baik untuk negara - Tun Mahathir
Perdana Menteri berkata hubungan rapat antara kaum membolehkan pelbagai lapisan masyarakat merayakan semua hari kebesaran bersama-sama.

Malaysia masih negara contoh hubungan kaum yang harmoni - Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri turut menyebut tentang keunikan suasana keharmonian di Malaysia ketika musim perayaan melalui amalan kunjung-mengunjung dan rumah terbuka.