Tindakan Malaysia membendung penularan penyakit berjangkit 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) disifatkan lebih bersedia, pantas serta proaktif berbanding ketika berdepan wabak berbahaya dahulu seperti Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), virus Nipah, serta Ebola.
Pakar penyakit berjangkit Datuk Dr. Christopher K.C. Lee berkata, berdasarkan pengalaman negara dalam mengawal kes-kes penyakit berjangkit terdahulu menjadikan Malaysia lebih bersedia termasuk meningkatkan tahap imbasan kesihatan di semua pintu masuk negara serta pengasingan mereka yang dijangkiti wabak itu.
Dr Christopher berkata langkah pantas seumpama itu adalah penting bagi mengurangkan potensi berlakunya 'local transmission' penyakit itu dalam negara ini.
"Berbanding ketika SARS pada 2002, kita ambil masa berminggu-minggu untuk mengesan wabak itu, kini dengan pengalaman, kepakaran dan teknologi kita mampu mengesan wabak itu lebih awal.
"Kita (negara) sekarang dalam fasa 'pembendungan', untuk menyekat ia daripada sebarang penularan di sini. Tujuh kes yang dikesan bukan dijangkiti dalam Malaysia tetapi di luar negara dan dibawa masuk ke negara ini. Penting untuk kita bendung wabak itu dari merebak dalam negara," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Dikenali sebagai 2019-nCoV, Koronavirus yang menyebabkan keadaan seperti radang paru-paru, mula dikesan pada Disember lepas di Wuhan, China, dan gejala jangkitan termasuk demam, batuk dan sukar bernafas. Setakat Rabu 8 malam, tujuh kes positif disahkan di Malaysia.
Dr Christopher bagaimanapun berkata, selain kaedah imbasan haba, hebahan makluman dan informasi kepada setiap pelancong yang masuk ke Malaysia khususnya dari kawasan yang dijangkiti juga penting.
"Mereka (pelancong) juga perlu diberi maklumat tentang gejala wabak dan tindakan yang perlu seperti merujuk kepada hospital tertentu sekiranya berasa tidak sihat.
"Ini penting, kerana ketika mereka masuk ke Malaysia mungkin bukan dalam keadaan demam atau gejala wabak itu dan mungkin jatuh sakit selepas beberapa hari," katanya.
Mengulas lanjut, beliau yang berpengalaman mengendalikan kes SARS, Ebola dan virus Nipah itu berkata penularan Koronavirus di kawasan terjejas seperti Wuhan, China adalah lebih cepat berbanding penyakit berjangkit lain, tambahan dunia masih kekurangan data mengenai wabak baharu itu.
Jelasnya lagi, jangkitan Koronavirus menjadi lebih buruk kerana faktor peningkatan trend keluar masuk pelancong di China berikutan sambutan Tahun Baharu Cina.
"Ini menjadi lebih buruk kerana mereka melakukan perjalanan pada masa yang sama, jadi ia menimbulkan keadaan lebih rumit," katanya.
Ditanya dakwaan kononnya Koronavirus boleh tersebar melalui permukaan barang yang diimport dari China, Dr Christopher berkata potensi perkara itu berlaku adalah rendah.
Katanya, kebanyakan virus bertahan dalam sesuatu persekitaran antara beberapa jam hingga beberapa hari, namun bergantung kepada keadaan tertentu.
"Walaupun kita kurang data mengenai Koronavirus, kita beranggapan ia seperti SARS dan influenza yang tidak berterusan lama dalam persekitaran, jadi tahap penularan wabak melalui barangan sangat rendah," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 30 2020

Semua penumpang yang tiba di KLIA akan melalui lorong yang dilengkapi kamera thermal bagi mengesan suhu badan dan mereka yang mempunyai simptom akan dirujuk kepada Pusat Kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia di lapangan terbang itu. - Astro AWANI
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Setahun COVID-19: Pengajaran dan survival
Pandemik paling buruk dalam dunia ini telah membawa kepada kepentingan menitikberatkan gaya hidup sihat dan kebersihan sepanjang masa.

'Nampak cantik tapi boleh membunuh' - Makmal AS papar imej baharu COVID-19
VIRUS COVID-19 yang sedang aktif merebak telahpun mengorbankan lebih 1,700 nyawa setakat ini.

Kes disahkan koronavirus di Thailand bertambah satu lagi, jumlahnya terkini 33
Kes terbaharu melibatkan pelancong berumur 54 tahun dari Wuhan yang melawat Thailand, sebelum China mengenakan sekatan pergerakan keluar masuk di beberapa bandarnya.

Koronavirus: Malaysia kekalkan 14 hari tempoh inkubasi
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan buat masa ini pihaknya kekal dengan pendirian tempoh inkubasi selama 14 hari.

Koronavirus: Angka korban cecah lebih 1,000
Malah, buat pertama kali, jumlah kematian harian akibat virus berkenaan di negara itu mencecah lebih 100 orang, berbanding kurang 100 setiap hari sebelum ini.

Koronavirus: Malaysia tidak akan tingkatkan tahap amaran - Wan Azizah
Wan Azizah menjelaskan, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Singapura tidak lama lagi.

Koronavirus: Kes ke-16 dikesan di Kuala Lumpur
Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata wanita tersebut merupakan ibu kepada kawan kes warganegara China yang dilaporkan positif pada 6 Februari lalu.

Megat Shahriman mahu tumpu atlet para
Ia bagi memberi sepenuh perhatian kepada persiapan atlet para untuk menghadapi Sukan Para ASEAN (APG) di Filipina, yang mungkin ditunda lagi susulan penularan jangkitan coronavirus baharu 2019.

Koronavirus: Sabah perluas sekatan perjalanan berkuat kuasa hari ini
Langkah berkenaan bagi mengekang penyebaran koronavirus baru 2019 (2019-nCoV) walaupun Sabah kini bebas dari mana-mana individu yang diuji positif terhadap virus itu.

Sekatan perjalanan diperluas meliputi wilayah lain di China dikenakan 'lockdown'
Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan.