Malaysia menduduki tangga ke-47 dalam ‘senarai kegembiraan’ yang dikeluarkan oleh Laporan Kegembiraan Dunia 2016 sekaligus memperbaiki kedudukan pada tahun lalu di tangga ke-61.

Laporan tersebut merupakan ukuran kegembiraan tahunan yang diterbitkan oleh Program Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebanyak tujuh petunjuk yang digunakan bagi mengukur kegembiraan sesebuah negara dalam laporan ini iaitu: jangka hayat penduduk, sistem sokongan sosial, kebebasan membuat pilihan, tahap persepsi rasuah, sifat murah hati masyarakat, kegembiraan sama rata, dan keluaran dalam negara kasar.

Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara lebih baik berbanding Indonesia yang menduduki tempat ke-79, Filipina (82), Laos (102), dan Myanmar (119).

Namun Malaysia masih ketinggalan berbanding Singapura di tangga ke-22 dan Thailand (33).

Laporan Kegembiraan Dunia dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Secara keseluruhan, Denmark merupakan negara paling gembira di dunia diikuti oleh Switzerland. Manakala Burundi mempunyai kadar kegembiraan paling rendah di dunia.

Laporan Kegembiraan Dunia 2016: 10 negara teratas

1- Denmark
2- Switzerland
3- Iceland
4- Norway
5- Finland
6- Kanada
7- Belanda
8- New Zealand
9- Australia
10- Sweden

Laporan Kegembiraan Dunia 2016: 10 negara terbawah

148- Madagascar
149- Tanzania
150- Liberia
151- Guinea
152- Rwanda
153- Benin
154- Afghanistan
155- Togo
156- Syria
157- Burundi