PUTRAJAYA: Malaysia telah melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan, serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Malaysia, Brunei dan Singapura Dr Rabindra Abeyasinghe bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia hari ini, hak kesihatan memerlukan gemblengan usaha bersama.
"Kerajaan MADANI komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk penggubal dasar, pembekal penjagaan kesihatan, pertubuhan masyarakat sivil dan sektor swasta.
"Dengan memperkaya setiap individu dengan ilmu dan kemahiran untuk menguruskan kesihatan mereka secara proaktif, Malaysia bukan sahaja dapat menangani kesenjangan (ketidakseimbangan) kesihatan sedia ada, malah turut membina generasi akan datang yang lebih sihat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Malaysia juga berusaha memperluas cakupan liputan kesihatan sejagat (UHC) dan meningkatkan mutu perkhidmatan penjagaan kesihatan.
"Untuk mengelakkan keciciran, kita harus terus melabur untuk mengembangkan UHC dan mengukuhkan sistem kesihatan.
"Sebuah sistem yang mampan dan inklusif bukan sahaja menjadi jaminan capaian penjagaan kesihatan yang saksama, malah membolehkan setiap individu membuat keputusan termaklum tentang hal ehwal kesihatan mereka. Hal ini dapat memupuk budaya pengurusan kesihatan yang proaktif," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menjelaskan hak kesihatan tidak boleh dianggap sebagai keistimewaan yang eksklusif kerana ia merupakan suatu hak asasi manusia yang memerlukan pengiktirafan dan penunaian oleh semua pihak.
Kesihatan bukan sekadar ketiadaan penyakit, ia turut merangkumi kesejahteraan fizikal, mental dan sosial, menurut kenyataan itu, meskipun Malaysia menikmati banyak kemajuan yang ketara dalam hal itu, masih terdapat jurang perbezaan dan rintangan yang perlu ditangani demi merealisasikan hak kesihatan untuk semua.
"Bagi menangani kesenjangan kesihatan dan meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi darurat pada masa hadapan, hak kesihatan perlu dimartabatkan secara bersama.
"Walaupun pelaksanaan agenda pembaharuan yang terkandung Kertas Putih Kesihatan menjadi kian sukar akibat pemulihan ekonomi pascapandemik, usaha untuk meningkatkan penjagaan kesihatan sejagat dan kesaksamaan kesihatan mampu sekiranya hak kesihatan dinobatkan sebagai teras agenda kita," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memberitahu hak kesihatan merangkumi empat unsur penting yang saling berkait iaitu ketersediaan, kebolehcapaian, penerimaan dan mutu.
Walaupun Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam penawaran penjagaan kesihatan secara sejagat berdasarkan keempat-empat unsur itu, masih banyak yang perlu diikhtiarkan untuk membolehkan rakyat menikmatinya secara saksama.
"Sebagai contoh, Malaysia berjaya menangani kesenjangan capaian penjagaan kesihatan melalui pembangunan infrastruktur terutamanya di kawasan terpencil.
"Di samping itu, Malaysia telah mengagihkan peruntukan dalam bidang teleperubatan dan klinik kesihatan bergerak untuk menyampaikan khidmat kepada penduduk yang sukar mendapat perkhidmatan seperti di kawasan terpencil," menurut kenyataan itu.
Usaha seperti itu berjaya meningkatkan capaian dan mutu penjagaan kesihatan untuk masyarakat pedalaman dan merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
Menurut Dr Dzulkefly, kerajaan MADANI komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk penggubal dasar, pembekal penjagaan kesihatan, pertubuhan masyarakat sivil dan sektor swasta. - Gambar fail/Bernama
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Malaysia laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan pencegahan
Malaysia melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta kesedaran kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.