KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengkaji pendekatan sesuai bagi melaksanakan polisi pengurusan kenderaan akhir hayat atau end-of-life vehicle (ELV) menjelang 2025, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata pembangunan polisi berkenaan adalah penting supaya kenderaan yang sudah berakhir jangka hayat boleh dimanfaatkan menerusi pelbagai komponen dan bahan yang masih boleh diguna pakai agar tidak sekadar menjadi bahan buangan yang sia-sia.
"Lambakan kenderaan usang sehingga menjadi punca wabak denggi, dipercayai berlaku kerana masih belum ada polisi yang membolehkan tindakan sewajarnya diambil dengan penekanan diberikan kepada kaedah pelupusan yang tepat," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mewakili Konsortium Penyelidikan ELV dan Malaysia Automotive Recyclers Association (MAARA).
Menurut Dr Adham dalam merangka pelan hala tuju ELV yang sesuai Malaysia melihat kepada Singapura dan Jepun yang telah mempunyai kepakaran dalam pengitaran semula ELV.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU berkenaan beliau berkata 70 peratus barang dileraikan dari ELV boleh dieksport ke negara lain, dan industri ini berpotensi mencecah RM10 bilion.
Katanya berdasarkan data Kementerian Pengangkutan sehingga Mei 2022 jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia ialah 33 juta, dengan 19 juta daripadanya adalah kenderaan berusia 10 tahun ke atas.
Mengenai MoU yang ditandatangani hari ini Dr Adham berkata Konsortium Penyelidikan ELV yang melibatkan tiga universiti iaitu UTM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bekerjasama dengan pihak industri iaitu MAARA dalam menyelesaikan permasalahan kenderaan akhir hayat secara mengitar semula bahan komponen ELV atau mengolah satu produk lain.
MoU yang dimeterai bertujuan mengumpul maklumat dan pengetahuan mengenai pembuatan semula dan kitar semula, memupuk kerjasama antara industri dan ahli konsortium melalui penyelidikan dan program latihan serta membangunkan pelan pembuatan semula dan kitar semula bagi menyokong Dasar Automotif Nasional 2020.
Ditanya mengenai kenderaan elektrik (EV) Dr Adham berkata menjelang 2025 Malaysia menyasarkan untuk mewujudkan 10,000 stesen pengecas di seluruh negara berbanding 700 stesen pada masa ini.
"Selain itu industri pembangunan bateri (untuk kenderaan EV) perlu diselaraskan dengan penggunaan EV supaya dapat membuka peluang pekerjaan kepada golongan B40," katanya.
Sementara itu Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail dalam ucapannya berkata 99 peratus daripada komponen kenderaan yang layak dilupus, dapat digunakan semula.
Presiden MAARA Datuk Khan Mohd Akram Khan pula berkata MAARA kini mempunyai 200 ahli terdiri daripada pemain dalam industri ELV yang bersedia mengeksport bahagian yang boleh dikitar semula dari kenderaan yang sudah tamat hayat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba pada sidang media selepas Majlis Menandatangani MoU antara UTM dengan Malaysia Automotive Recyclers Association (MAARA), hari ini. - Foto BERNAMA
India akan belanja US$1.2 bilion dalam tujuh tahun bagi kurangkan import minyak makan
Kerajaan India pada Khamis meluluskan inisiatif untuk meningkatkan minyak bijian domestik kepada 69.7 juta tan menjelang 2030-31.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
Malaysia laksana polisi pengurusan kenderaan akhir hayat menjelang 2025
Malaysia sedang mengkaji pendekatan sesuai bagi melaksanakan polisi pengurusan kenderaan akhir hayat atau end-of-life vehicle (ELV) menjelang 2025.