KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu terhadap jemaah Palestin dan pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim Israel, pada Rabu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, tindakan tentera Israel menyalahi undang-undang, menghina dan mencabuli hak asasi manusia Palestin serta mencemar kesucian tempat ketiga paling suci dalam Islam.
Katanya, sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin cedera dan ratusan yang lain telah ditahan.
"Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menggesa rejim Israel bertanggungjawab atas jenayah keji itu dan membebaskan semua tahanan Palestin dengan segera.
"Masyarakat antarabangsa harus menuntut rejim Israel menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan," kata Wisma Putra, pada Khamis.
Kenyataan itu turut menyebut, Malaysia akan terus berdiri dalam solidariti yang kuat dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam.
"Malaysia berpegang teguh dengan pendiriannya yang telah lama dipegang bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara merdeka mereka berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya," ujarnya.
Afiezy Azaman
Thu Apr 06 2023

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, tindakan tentera Israel menyalahi undang-undang, menghina dan mencabuli hak asasi manusia Palestin serta mencemar kesucian tempat ketiga paling suci dalam Islam. -Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jordan selar peneroka Israel “serbu” pekarangan Masjid Al-Aqsa
Serbuan itu merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa, status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.

Negara Arab kutuk pencerobohan Israel di Masjid Al-Aqsa
Jordan mengecam pencerobohan peneroka itu sebagai "pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis."

Lebih 60,000 rakyat Palestin tunai solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa
Lebih 60,000 rakyat Palestin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Rabu.

Rejim zionis lepas bom pemedih mata, pukul jemaah di Masjid Al-Aqsa dengan cota
Saksi berkata serangan dron tersebut bagi memaksa jemaah meninggalkan pekarangan Masjid Al-Aqsa.

AS gesa Israel benarkan umat Islam beribadat di Al-Aqsa di bulan Ramadan
Kebenaran itu bukan hanya soal memberi orang kebebasan beragama kepada yang layak dan ada hak, bahkan ia juga penting untuk keselamatan Israel.

Polis Israel tutup Masjid Al-Aqsa kepada jemaah Islam
Polis Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya.

#QuranHour For Gaza bukti kebersamaan umat Islam - Shaykh Rami
Katanya, sudah menjadi satu kemestian untuk umat Islam bersama-sama melindungi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama.

Hamas seru rakyat Palestin berhimpun di Al-Aqsa, lakukan protes serangan Israel ke atas Gaza
Hamas gesa rakyat Palestin bertahan di pekarangan Masjid Al-Aqsa sepanjang hari ini dengan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Malaysia kutuk serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa
Serangan itu adalah tindakan provokasi yang disengajakan dan pencabulan terang-terangan terhadap kesucian masjid.