Novel grafik "Kampung Boy" karya kartunis tersohor negara Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat yang diterjemah ke dalam bahasa Jepun adalah antara bahan bacaan yang akan diketengahkan Malaysia pada Pesta Buku Antarabangsa Tokyo ke-21 (PBAT21) di Tokyo, Jepun pada 2 hingga 5 Julai ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Mohd Khair Ngadiron berkata selain novel "Kampung Boy", Malaysia sebagai Negara Tema juga akan mengetengahkan persembahan wayang kulit.
"Penyertaan Malaysia pada PBAT21 kali ini sangat istimewa kerana menjadi negara Asean pertama dipilih sebagai Negara Tema sejak PBAT diwujudkan 20 tahun lepas.
Oleh itu kami sangat berharap untuk menggunakan peluang ini sebaiknya dengan menyasarkan aktiviti bertujuan merangsang hubungan dagang jangka panjang melibatkan industri penerbitan antarabangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata misi dagang yang disertai 20 wakil penerbitan negara ke PBAT21 itu juga akan membawa 1,500 judul buku ke negara matahari terbit itu.
Mohd Khair berkata novel grafik "Kampung Boy" versi bahasa Jepun yang akan dilancarkan pada hari pertama PBAT21 serentak dengan perasmian Pavilion Malaysia itu adalah terbitan bersama ITBM dan Tokyo University of Foreign Studies Press (TUFSP).
"Persembahan wayang kulit pula akan digabungkan bersama dengan teater boneka tradisional Jepun iaitu Edo Ito Ayatsuri Ningyo. Ia sebagai metafora penyatuan dua budaya berbeza," katanya.
Mohd Khair yang juga ketua delegasi Malaysia ke PBAT 2014 berkata turut menjadi pengisian di Pavilion Malaysia ialah persembahan Makyung dan pelbagai aktiviti melibatkan sasterawan, penulis dan penggerak seni negara.
Beliau berkata penyertaan negara di PBAT dibuat dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Tourism Malaysia dan sehubungan itu, pemilihan tema adalah bersesuaian dengan misi mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014.
Selain pengisian aktiviti yang mewakili pelbagai kandungan dan genre penerbitan, tema mempromosi Malaysia sebagai sebuah negara pelancongan akan diperlihatkan menerusi konsep binaan pavilion yang menggambarkan pantai peranginan, " katanya.
Mohd Khair berkata:"Idea ini pertama kali diketengahkan dan mendapat maklum balas baik daripada penganjur di Jepun yang bersetuju. Ia mampu berfungsi sebagai strategi unik untuk menarik perhatian pengunjung."
Mengenai keistimewaan sebagai Negara Tema, Mohd Khair berkata penyertaan Malaysia kali ini dipromosi kepada lebih 25 negara seluruh dunia sejak enam bulan lepas.
Selain itu, promosi melibatkan pihak media di Jepun turut digerakkan secara bersepadu, malah diberikan liputan dua kali dalam Bunka Tsushin, sebuah akhbar utama yang melaporkan perihal industri penerbitan di Jepun.
"Malaysia berharap dapat menarik perhatian pihak antarabangsa khususnya Jepun untuk menjalin kerjasama pelbagai bentuk, tidak hanya melibatkan penerbitan tetapi apa sahaja yang berkaitan," katanya.
Bernama
Fri Jun 27 2014

Novel grafik "Kampung Boy" versi bahasa Jepun yang akan dilancarkan pada hari pertama PBAT21
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Malaysia ketengah novel grafik 'Kampung Boy', wayang kulit Di Pesta Buku Tokyo
Novel grafik karya kartunis tersohor Lat yang diterjemah ke dalam bahasa Jepun adalah antara yang diketengahkan pada Pesta Buku Tokyo.