KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi mendahului senarai destinasi percutian mesra Muslim terbaik untuk pelancong Muslim, menurut Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) Mastercard-CrescentRating 2022.
Turki, Arab Saudi dan Indonesia berada di kedudukan kedua manakala Singapura terus menjadi destinasi pelancongan mesra Muslim teratas dalam kalangan destinasi bukan ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diikuti Taiwan, Thailand dan United Kingdom.
"Ketibaan pelancong Muslim antarabangsa mencecah 160 juta pada 2019 dan selepas gangguan pada 2020 dan 2021, kami mengunjurkan ketibaan pelancong Muslim akan mencecah 140 juta pada 2023 dan kembali kepada paras pada 2019 iaitu 160 juta pada 2024.
"Unjuran sebelum pandemik sebanyak 230 juta ketibaan menjelang 2026 kini akan dicapai pada 2028 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak US$225 bilion (US$1=RM4.37)," katanya pada pelancaran laporan GMTI Mastercard-CrescentRating 2022 pada Rabu.
Acara itu diadakan bersempena Halal In Travel-Global Summit 2022. Persidangan dalam talian itu berlangsung dari 31 Mei hingga 2 Jun 2022.
Berdasarkan situasi semasa di Ukraine, laporan itu menyenaraikan 138 destinasi berikutan ia telah menyemak kedudukan Rusia dan Ukraine. Destinasi ini kini menyumbang lebih 98 peratus daripada ketibaan pelawat Muslim.
Fazal berkata GMTI menjejaki kesihatan dan pertumbuhan destinasi pelancongan mesra Muslim dalam empat bidang strategik: akses, komunikasi, alam sekitar dan perkhidmatan.
Beliau mendedahkan bahawa Gen Z, Milenial dan wanita merupakan demografi yang paling berpengaruh dan berkembang dalam populasi Islam dan pelancong wanita mewakili antara segmen yang paling pesat berkembang dalam pasaran pelancongan Muslim.
Oleh itu, beliau optimis bahawa ekonomi akan pulih tidak lama lagi daripada kerosakan akibat pandemik terhadap nyawa dan kehidupan.
Sementara itu, Presiden Bahagian Mastercard untuk Asia Tenggara Safdar Khan berkata Mastercard komited untuk menyokong pemulihan penuh dan berdaya tahan untuk pelancongan global dalam semua profil pelancong.
"Itu sebabnya kami sentiasa bekerjasama dengan rakan kami -- HalalTrip and CrescentRating -- untuk membangunkan pandangan bagi perniagaan dan kerajaan serta membina keupayaan baharu untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang selamat, lancar dan menarik," katanya.
Malaysia kekal sebagai destinasi utama dalam GMTI sejak ia dilancarkan pada 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022
Ketibaan pelancong Muslim diunjurkan mencecah 140 juta pada 2023 dan kembali kepada paras pada 2019 iaitu 160 juta pada 2024. - Gambar hiasan
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Malaysia kekalkan kedudukan teratas dalam Indeks Pelancongan Muslim Global 2022
Turki, Arab Saudi dan Indonesia berada di kedudukan kedua.