Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke India berkata, keputusan bersama itu dicapai bagi memperkasa hubungan diplomatik yang terjalin sejak 67 tahun lalu.
“Keputusan bersama ini menandakan lembaran baharu dalam langkah penting ke hadapan,” katanya ketika menyampaikan kenyataan bersama rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi di Hyderabad House, di sini pada Selasa.
Anwar memberitahu, hubungan yang terjalin sejak zaman Jawaharlal Nehru dan Tunku Abdul Rahman itu perlu diperkukuhkan dalam pelbagai bidang.
Kata beliau, kedua-dua negara juga mencapai persetujuan bersama dalam beberapa isu dan bidang baharu yang boleh diterokai.