PUTRAJAYA: Malaysia dan Hungary membincangkan usaha untuk memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara khususnya dalam bidang pelaburan dan perdagangan, pertanian dan kerjasama di dalam bidang elektro-mobiliti dalam satu mesyuarat dua hala.
Menurut kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Luar dan Perdagangan Hungary Peter Szijjarto juga berbincang mengenai hubungan dua hala Malaysia-Kesatuan Eropah (EU), hubungan Dialog ASEAN-EU serta isu serantau dan antarabangsa yang kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama dalam mesyuarat dua hala mereka itu pada Rabu.
"Kedua-dua Menteri Luar telah mengadakan pertukaran Nota Diplomatik bagi Perjanjian Kerja Dua Hala dan Kerjasama Antara Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), Malaysia dan Akademi Diplomatik Hungary (MDA)," kata Wisma Putra.
Menurut kenyataan itu , Szijjarto yang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia sebelum itu telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, termasuk program biasiswa Hungary - Stipendium Hungaricum.
Malaysia dan Hungary mempunyai hubungan telah lama terjalin melalui perbagai bentuk kerjasama, katanya.
Pada 2023 nilai perdagangan antara Malaysia dan Hungari mencecah RM3.08 bilion (AS$0.67 bilion) dengan nilai eksport berjumlah RM2.38 bilion (AS$0.52 billion) sementara nilai import berjumlah RM0.70 bilion (AS$0.15 bilion).
Sementara itu dalam hantaran Facebooknya, Szijjarto berkata meningkatkan eksport pertanian Hungary dan memerangi sekatan dunia merupakan antara agenda lawatannya ke Malaysia.
Beliau berkata Malaysia merupakan perhentian terakhir dalam lawatannya ke Asia Tenggara selepas Thailand dan Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) bersama Menteri Luar dan Perdagangan Hungary Peter Szijjarto (kiri). Foto Facebook Wisma Putra
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan menyakinkan malam ini
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 akan menobatkan juara persembahan terbaik esok, selepas tujuh minggu peserta dan jurulatih berentap sepenuh tenaga.
Nelayan jadi peniaga ikan dan hasil laut ketika hujung tahun
Musim tengkujuh pada hujung tahun bermakna nelayan tidak akan berpeluang turun ke laut kerana ombak dan badai yang besar melanda, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka selama beberapa bulan disebabkan bergantung penuh kepada pencarian di laut.
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Malaysia terus gesa had kuasa veto, kembalikan kredibiliti UNSC - Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata terdapat keperluan yangmendesak bagi memastikan peranan UNSC kekal relevan dan responsif terhadap konflik global semasa.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
Keakraban Malaysia-China tak bermaksud sebelahi mana-mana pihak - PM Anwar
Anwar menegaskan Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip pertengahan dan berhubung baik dengan mana-mana negara.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan.
Malaysia minat jalin kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center - Gobind
Malaysia intai peluang kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center yang membangunkan pengkomputeran berprestasi tinggi di Sepanyol dan seluruh Eropah.
Malaysia perkukuh kerjasama dengan EU bagi pembangunan bandar pintar
Gobind berkata melalui pelbagai inisiatif kerajaan, sasaran untuk mencapai 25.5 peratus sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dapat dicapai.
Dasar luar Malaysia kekal meskipun jadi rakan BRICS
Dasar Luar Negara yang diamalkan Malaysia kekal bebas, berprinsip dan pragmatik, walaupun sudah menjadi rakan dalam gabungan BRICS baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
A.S. Memilih: Siapa pun menang Pilihan Raya Presiden, dasar luar Malaysia tidak berubah
Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan siapa pun yang menang dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), tidak akan mengubah dasar luar Malaysia kepada negara itu.
Demokrasi di Malaysia luar biasa, contoh terbaik untuk diteladani - Duta AS
Beberapa peralihan kerajaan secara teratur tanpa sebarang rusuhan membuktikan kebijaksanaan sistem demokrasi di Malaysia.
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.