PUTRAJAYA: Malaysia akan segera menghubungi negara-negara sehaluan untuk tindakan bersama di pentas Forum Antarabangsa, selaras dengan perkembangan terbaru konflik Israel-Palestin, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata ia susulan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) baru-baru ini yang memutuskan bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin melanggar undang-undang antarabangsa dan perlu dihentikan.
Beliau berkata Jemaah Menteri mengalu-alukan keputusan ICJ itu yang menuntut sejumlah tindakan diambil Israel, termasuk mengosongkan penempatan haram, di samping membayar pampasan terhadap segala kemusnahan yang telah berlaku.
"Susulan keputusan ICJ ini, Malaysia akan segera menghubungi beberapa negara termasuk Indonesia, Brunei, dan negara-negara yang sepemikiran, serta beberapa organisasi termasuk Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), untuk mengambil tindakan bersama di Forum Antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Majlis Keselamatan PBB (UNSC), dan Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC)," katanya.
Fahmi berkata demikian pada sidang media Mingguan Kabinet di kementeriannya, di sini.
ICJ yang merupakan Mahkamah Tertinggi PBB dalam hujahannya beberapa hari lepas memutuskan bahawa rejim Zionis Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa berdasarkan perenggan ke-6 Artikel 49 Konvensyen Geneva ke-4.
Mahkamah itu juga memutuskan Israel mesti membayar ganti rugi terhadap kerosakan yang disebabkan oleh pendudukannya di wilayah Palestin.
Sementara itu Fahmi berkata Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut mengalu-alukan persefahaman dan perpaduan antara pergerakan Fatah dan Hamas melalui deklarasi Beijing yang dilaporkan semalam.
"Jemaah menteri turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Republik Rakyat China atas usaha mempertemukan 14 fraksi perjuangan rakyat Palestin, dan diharapkan penyatuan ini akan membuka lembaran baharu buat negara Palestin," katanya.
Sebelum ini media antarabangsa melaporkan 14 kumpulan Palestin mencapai persetujuan secara praktikal dan terperinci untuk menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan.
Wakil 14 kumpulan itu termasuk dari Fatah dan Hamas telah menghadiri rundingan perdamaian yang berlangsung dari 21 hingga 23 Julai, dan menandatangani Deklarasi Beijing.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan hormat daripada Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Karim Khan semalam berkata beliau menekankan bahawa Malaysia menuntut akauntabiliti atas segala jenayah kejam rejim Zionis Israel termasuk penganiayaan terhadap rakyat Palestin khususnya kanak-kanak.
"Malah saya juga menggesa pihak ICC untuk mempercepatkan tindakan demi menegakkan keadilan bagi rakyat Palestin," katanya dalam hantaran di laman Facebook.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
![Malaysia hubungi negara sehaluan susulan keputusan ICJ mengenai Palestin - Fahmi Malaysia hubungi negara sehaluan susulan keputusan ICJ mengenai Palestin - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720579957_Gaza.jpg)
ICJ baru-baru ini memutuskan bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin melanggar undang-undang antarabangsa dan perlu dihentikan. - Reuters
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Prosiding ICJ: Israel laksana pembersihan etnik, dasar aparteid - Menteri Luar Palestin Prosiding ICJ: Israel laksana pembersihan etnik, dasar aparteid - Menteri Luar Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708338452_RiyadalMaliki.jpg)
Prosiding ICJ: Israel laksana pembersihan etnik, dasar aparteid - Menteri Luar Palestin
Riyad menegaskan, tindakan Israel merupakan pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai serta pelaksanaan dasar apartheid ke atas rakyat Palestin, yang mana ia tidak boleh dibenarkan sama sekali.
![Anwar ulangi ikrar untuk membela nasib rakyat Palestin Anwar ulangi ikrar untuk membela nasib rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706335491_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar ulangi ikrar untuk membela nasib rakyat Palestin
Anwar ulangi ikrar untuk membela nasib rakyat Palestin
![Malaysia sambut baik keputusan ICJ dalam kes genosid Israel Malaysia sambut baik keputusan ICJ dalam kes genosid Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706327168_Jabaliarefugeecamp.jpg)
Malaysia sambut baik keputusan ICJ dalam kes genosid Israel
Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948.
![Prosiding ICJ terhadap Israel: Dunia terhutang budi dengan Afrika Selatan - Palestin Prosiding ICJ terhadap Israel: Dunia terhutang budi dengan Afrika Selatan - Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705117197_TBIsraelPalestin.jpg)
Prosiding ICJ terhadap Israel: Dunia terhutang budi dengan Afrika Selatan - Palestin
Kementerian Luar Palestin pada Jumaat memaklumkan bahawa sistem antarabangsa "terhutang budi dengan Afrika Selatan".
![Mahkamah benar permohonan PM, kerajaan batal saman berkaitan Pulau Batu Puteh Mahkamah benar permohonan PM, kerajaan batal saman berkaitan Pulau Batu Puteh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650972981_PulauBatuPuteh.jpg)
Mahkamah benar permohonan PM, kerajaan batal saman berkaitan Pulau Batu Puteh
Perkara itu tidak mempunyai justifikasi dan Mohd Hatta Sanuri (plantif) tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan undang-undang.