KUALA LUMPUR: Malaysia menghargai 121 negara yang berani untuk bersuara demi kemanusiaan dan menyokong resolusi Gaza yang ditaja oleh Jordan, bersama dengan 46 negara lain termasuk Malaysia, yang menyeru untuk gencatan senjata segera dan berkekalan antara Israel dan Hamas di Gaza.
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Datuk Ahmad Faisal Muhamad berkata resolusi yang diluluskan semasa Sidang Khas Tergempar ke-10 (ESS) Majlis Agung PBB (UNGA) itu juga merupakan langkah penting pertama yang diambil di PBB, membawa kembali sinar harapan, dan kepercayaan dalam proses multilateral.
"Penerimaan resolusi ini adalah tanda bahawa kami di PBB, mendengar ratapan rakyat di seluruh dunia, menuntut penghentian segera pembunuhan mereka yang tidak bersalah di Gaza," katanya dalam penyampaian kenyataan Malaysia di sesi tergempar itu yang bersambung pada Selasa.
Resolusi berjudul "Perlindungan Warga Sivil dan Mematuhi Kewajipan Undang-undang dan Kemanusiaan" telah diluluskan dengan 120 undi mendukung, 14 menentang, dan 45 tidak mengundi semasa ESS ke-10 UNGA di New York pada Jumaat lepas.
Ahmad Faisal berkata Malaysia turut serta dengan negara-negara lain menuntut gencatan senjata segera di Gaza, dan menambah kata bahawa ini adalah sangat penting untuk menghentikan lebih banyak kehilangan nyawa selain kerja-kerja bantuan kemanusiaan dapat dilaksanakan.
"Kami menyeru penubuhan koridor kemanusiaan, serta akses kemanusiaan yang tidak terhalang, agar bantuan dapat sampai kepada mereka yang memerlukannya di seluruh Gaza. Bekalan elektrik, air, dan bahan api juga harus dipulihkan. Semua ini adalah keperluan untuk menyelamatkan nyawa," katanya.
Malaysia juga secara tegas menolak apa-apa tindakan pengusiran paksa penduduk Gaza, di mana 1.4 juta, atau 62 peratus daripada penduduknya hilang tempat tinggal.
Ahmad Faisal juga menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk bertindak terhadap resolusi UNGA itu dengan mengambil tindakan segera, sebulat suara dan jelas.
"Ketiadaan tindakan akan menjadikan kita bersubahat dalam jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza," katanya, mencatat peranan proaktif UNGA berbanding dengan ketidakberkesanan Majlis Keselamatan.
Beliau menyatakan kekecewaan Malaysia terhadp Majlis Keselamatan yang jelas lumpuh disebabkan oleh kepentingan sempit beberapa negara anggota.
Ahmad Faisal juga memberi penghormatan kepada wira-wira kemanusiaan yang berkhidmat di Gaza, menekankan keperluan menjaga keselamatan mereka.
Memandangan keadaan kemanusiaan yang teruk di Gaza, selain sebagai penyumbang tetap kepada UNRWA, Malaysia mengumumkan sumbangan kecemasan tambahan kepada agensi itu.
"Dalam tempoh 24 jam yang lalu, tiga lagi kakitangan UNRWA terbunuh, membawa jumlah keseluruhan kepada 67 yang maut, sejak peperangan bermula. Kami bersama-sama yang lain sedih kerana kehilangan 67 kakitangan UNRWA ini," tambahnya.
Malaysia tetap kukuh dalam sokongannya kepada penubuhan negara Palestin yang bebas dan merdeka, selaras dengan penyelesaian dua negara, berdasarkan sempadan-sempadan sebelum tahun 1967 dengan Jerusalem Timur sebagai ibu kotanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
Malaysia turut serta dengan negara-negara lain menuntut gencatan senjata segera di Gaza. - Foto fail/AP
Analisis pasaran saham separuh tahun kedua 2024
Apakah rumusan prestasi pasaran saham pada separuh tahun pertama 2024 dan apakah faktor-faktor yang akan menjadi perhatian pelabur dalam pasaran saham separuh tahun kedua 2024? Kupasan lanjut bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof.
Malaysia Digital (MD): Advancing Malaysia’s Digital Future
Explore the impact of the recent MD Open Day event and its key insights. Discover how it aligns with Malaysia’s growth strategy and benefits both businesses and the public. Join us for an exclusive live interview with Ts Mahadhir Aziz, CEO of MDEC, on Niaga AWANI.
Akta Audit: Tingkat ketelusan & kecekapan tadbir urus
Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan RUU Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain. Adakah ini memadai? Apa lagi tambah baik yang perlu dilakukan?
Laporan PAC: Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Lebih 20 subkontraktor Lebuhraya DASH lantik peguam tuntut bayaran tertunggak RM100 juta dari Prolintas
Menurut Tetuan Thomas Philip, walaupun lebuh raya itu telah dibuka kepada orang ramai, banyak subkontraktor masih tidak dibayar atas kerja mereka.
AWANI Pagi: Berhadapan individu narsistik? Apa perlu saya buat
EPL: Erik ten Hag gembira lanjut kontrak di Manchester United
Manchester United mengesahkan Erik ten Hag telah menandatangani lanjutan kontrak yang akan bertahan hingga penghujung musim 2025-26.
Pelbagai usaha pastikan pesawah di Kelantan tanam padi ikut jadual - Mohamad
Antara usaha dijalankan termasuk operasi pembenihan awan tiga kali dan kelulusan segera RM20 juta oleh PM Anwar untuk membeli pam air.
Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil
Kejadian berlaku sekitar jam 1.46 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya diatur gerak ke lokasi.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
"Terima kasih Stadium Shah Alam untuk segala memori yang tercipta."
Lima negara baharu dipilih anggotai Majlis Keselamatan PBB
Negara berkenaan adalah Denmark, Greece, Pakistan, Panama dan Somalia.
PBB adakan upacara peringatan untuk bekas Presiden dan Menteri Luar Iran
Presiden UNGA, Dennis Francis telah mengumumkan bahawa upacara tersebut dijadualkan pada Khamis, 30 Mei.
Liga Arab sambut baik resolusi PBB sokong usaha Palestin menjadi anggota penuh
Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh UNGA baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB.
Penerimaan resolusi gencatan senjata di Gaza 'kemenangan penting' - PBB
Selepas negara anggota PBB mengundi memihak kepada gencatan senjata segera di Gaza, resolusi itu perlu dilaksanakan.
Peranan China di persada dunia semakin penting - Bekas Canselor Austria
Peranan dan suara China semakin penting dalam membantu mewujudkan dunia "multipolar", menurut bekas Canselor Austria, Wolfgang Schuessel.
Visi komuniti berkongsi nasib termaktub dalam resolusi UNGA
Perkembangan itu sekali gus menyaksikan visi China itu termaktub dalam resolusi berkenaan selama tujuh tahun berturut-turut sejak 2017.
Malaysia hargai 121 negara yang memperjuang nasib Gaza dalam sesi tergempar UNGA
Malaysia menghargai 121 negara yang berani untuk bersuara demi kemanusiaan dan menyokong resolusi Gaza yang ditaja oleh Jordan.
Hamas desak pelaksanaan resolusi UNGA untuk bantu Gaza
Langkah itu akan memboleh bantuan kemanusiaan memasuki Gaza untuk mengelak bencana kemanusiaan.
Malaysia sambut baik resolusi gencatan senjata - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata keputusan resolusi itu penting berikutan situasi terkini di Gaza yang dilihat semakin kritikal.
Presiden Palestin sambut baik keputusan UNGA terima resolusi mengenai Gaza
Jurucakap Presiden Nabil Abu Rudeineh menyampaikan penghargaan kepada negara-negara yang menyokong resolusi itu.