KUALA LUMPUR: Malaysia berharap isu pemberhentian operasi Mahan Air ke Kuala Lumpur sejak 13 Ogos lepas berikutan isu teknikal melibatkan pengisian bahan api di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dapat diselesaikan segera.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau juga berharap Mahan Air yang berpangkalan di Iran dapat meneruskan operasinya ke KLIA secepat mungkin.
Beliau berkata perkara itu dibincangkan bersama Presiden Iran Seyyed Ebrahim Raisi hari ini ketika menerima panggilan telefon daripadanya.
Mahan Air mula beroperasi pada 1992 dan merupakan syarikat penerbangan swasta pertama di negara Asia Barat itu.
"Dalam perbualan kami, Presiden Raisi turut mengucapkan tahniah sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang akan disambut esok.
Antara perkara yang telah dibincangkan adalah hubungan dua hala Malaysia dan Iran serta isu lain yang melibatkan kepentingan umat Islam," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, malam ini.
Dari segi hubungan dua hala, Ismail Sabri berkata Malaysia amat berpuas hati dengan keakraban hubungan antara kedua-dua negara yang terjalin sejak 1968 dan Malaysia akan terus komited dalam meneruskan momentum pengukuhan hubungan dua hala dengan Iran.
Pada 2021, Iran adalah rakan dagang ketujuh besar Malaysia di Asia Barat, dengan jumlah dagangan dua hala pada tahun itu bernilai RM2.63 billion (AS$0.64 billion), peningkatan sebanyak 68.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022
![Malaysia harap isu operasi Mahan Air ke KL diselesaikan segera - PM Malaysia harap isu operasi Mahan Air ke KL diselesaikan segera - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655039380_TBMAHANAIRjpg.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau juga berharap Mahan Air yang berpangkalan di Iran dapat meneruskan operasinya ke KLIA secepat mungkin. - Gambar fail/AP
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Malaysia harap isu operasi Mahan Air ke KL diselesaikan segera - PM Malaysia harap isu operasi Mahan Air ke KL diselesaikan segera - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655039380_TBMAHANAIRjpg.jpg)
Malaysia harap isu operasi Mahan Air ke KL diselesaikan segera - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau juga berharap Mahan Air yang berpangkalan di Iran dapat meneruskan operasinya ke KLIA secepat mungkin.