PUTRAJAYA: Tapak FRIM Forest Park Selangor (FRIM FPS), telah dicalonkan kepada pihak Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), untuk diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia bagi sesi penilaian 2024/2025.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan memaklumkan dokumen pencalonan tersebut, telah dikemukakan semalam kepada pihak sekretariat UNESCO di Paris melalui Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO Paris.
Menurut kenyataan MOTAC itu, usaha pencalonan tapak tersebut telah bermula sejak 2017 yang mana dokumen senarai tentatif telah dihantar kepada pihak UNESCO pada 31 Jan 2017.
"Justeru, keputusan bagi pencalonan ini dijangka bakal diketahui pada Jun atau Julai 2025, dengan proses penilaian sekitar 18 bulan bermula dari tarikh penghantaran dokumen pencalonan," menurut kenyataan MOTAC di sini hari ini.
Kenyataan MOTAC memaklumkan bahawa penyenaraian di bawah Senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu, amat diinginkan oleh banyak negara, kerana ia merupakan satu pengiktirafan tertinggi di peringkat dunia bagi tapak warisan.
Menurut kenyataan itu selain dapat memberikan promosi dan mengetengahkannya di peringkat dunia, pengiktirafan itu juga memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi tapak warisan di Malaysia.
"Pengiktirafan ini juga secara tidak langsung akan mengangkat kebolehlihatan Malaysia di mata dunia sebagai produk pelancongan, yang mampu memberi peluang ekonomi kepada negara melalui industri berkaitan," menurut kenyataan itu.
Sehingga kini, sejumlah 1,199 tapak di seluruh dunia telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia 1972.
Kenyataan MOTAC memaklumkan bahawa penyediaan dokumen dossier pencalonan dibuat dengan penglibatan beberapa agensi berkaitan, terutama pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dan diselaraskan Jabatan Warisan Negara (JWN) bagi memastikan dokumen tersebut memenuhi kriteria yang telah ditetapkan UNESCO.
Pada masa ini, Malaysia mempunyai empat Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Taman Negara Gunung Mulu (2000), Taman Kinabalu (2000), Bandar Bersejarah Selat Melaka, Melaka dan George Town (2008) dan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong (2012).
Sementara itu, MOTAC memaklumkan bahawa keputusan pencalonan bagi tapak Warisan Arkeologi Kompleks Gua Taman Negara Niah, Sarawak bakal diketahui pada Jun atau Julai ini yang bakal merupakan Warisan Dunia UNESCO yang kelima di Malaysia sekiranya berjaya.
Menurut kenyataan itu Malaysia juga sedang dalam usaha untuk mencalonkan beberapa lagi tapak sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada masa akan datang, seperti Taman Negeri Royal Belum dan Pusat Kawalan Kusta Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
Tapak FRIM FPS telah dicalonkan kepada pihak UNESCO, untuk diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia bagi sesi penilaian 2024/2025. - Foto Tourism Selangor (via Sinar Harian)
Pasca Perang Syria: Presiden Syria sasar pulih hubungan dengan A.S
Presiden interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bercadang untuk memulihkan hubungan dengan Amerika Syarikat dalam masa terdekat tetapi belum mengadakan sebarang perhubungan dengan pentadbiran Trump.
Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa bagi membebaskan tahanan dari lokap dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan, awal bulan lepas.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terpedaya penipuan pelaburan
Seorang pengarah syarikat kerugian RM2.1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud di platfrom Digzax Exchanger.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 77 tahun itu tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang ditemui menerusi iklan di laman Facebook pada Ogos tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 77 tahun itu tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang ditemui menerusi iklan di laman Facebook pada Ogos tahun lalu.
Polis mohon bantuan kesan warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Singa Baru, Sitiawan sejak 31 Januari lalu.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Mayat lelaki dijumpai dalam sebuah tangki simpanan air di Pelantar P5 Sungai Pinang Besar di Pulau Pangkor pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.
Malaysia perlu perbahasan konstruktif, bukan sensasi
Menurut Tharma Pillai, ini kerana sidang Parlimen dianggap amat penting bukan sahaja dalam konteks domestik, tetapi juga dalam situasi global,terutama peranan Malaysia yang kini menjawat jawatan Pengerusi ASEAN25.
Dewan Rakyat: Sasaran Malaysia Sukan SEA 2025, mekanisme SKBBK antara tumpuan
Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025 dan mekanisme pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Insiden tembakan: 10 maut, serangan terburuk dalam sejarah Sweden
Sekitar 10 individu dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah pusat pendidikan dewasa pada Selasa.
Malaysia hantar pencalonan tapak FRIM FPS sebagai tapak warisan dunia UNESCO
Tapak FRIM FPS, telah dicalonkan kepada pihak UNESCO untuk diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia bagi sesi penilaian 2024/2025.