Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) 2017 Amerika Syarikat yang meletakkan Malaysia di Tahap 2 menunjukkan negara itu mengiktiraf usaha membanteras pemerdagangan manusia yang dijalankan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia juga bukti kukuh kepada usaha KDN melalui Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) untuk mengekang jenayah berkaitan pemerdagangan manusia di Malaysia.
"Kita mengambil pengajaran daripada kejadian di Wang Kelian, Perlis pada 2015. Sejak itu, tidak ada lagi laporan mengenai kejadian serupa berlaku di dalam negara.
"Pengiktirafan Amerika Syarikat adalah bukti bahawa kita berada di landasan yang betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kecemerlangan Kempimpinan Anggota Jawatankuasa Aktiviti Kemas 2018 Parlimen Pulai di Taman Cempaka di sini, hari ini.
Menurutnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bekerjasama rapat dengan Pasukan Petugas Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dalam memastikan Malaysia terus bebas daripada jenayah itu.
Nur Jazlan diminta mengulas gesaan Badan Peguam Malaysia yang mahukan KDN menambah dan meningkatkan kemahiran pasukan siasatan bagi mengenal pasti, menahan dan mendakwa pihak yang terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-72 semalam, Badan Peguam Malaysia turut menggesa kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kewujudan kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit Wang Kelian tiga tahun lepas.
Nur Jazlan berkata perkara itu tidak perlu dilakukan kerana tindakan sudahpun diambil terhadap pihak terlibat selain tiada lagi kes sama berlaku dalam negara.
Beliau berkata kerajaan Malaysia masih menunggu jawapan kerajaan Thailand berhubung ekstradisi tiga suspek utama kes pemerdagangan etnik Rohingya yang dikatakan mempunyai kaitan dengan penemuan kubur besar di Wang Kelian pada 2015, untuk didakwa di negara ini.
"Malaysia telah mengemukakan permohonan berkenaan sejak dua tahun dahulu melalui Wisma Putra kepada Kementerian Luar Thailand...sehingga hari ini, kita masih menunggu jawapan daripada negara berkenaan," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 18 2018

NUR JAZLAN: Kita mengambil pengajaran daripada kejadian di Wang Kelian, Perlis pada 2015. Sejak itu, tidak ada lagi laporan mengenai kejadian serupa berlaku di dalam negara. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Institusi pondok rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam – Saifuddin Nasution
Institusi pondok memiliki kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama dengan KDN dan PDRM.

KDN kenal pasti calon Ketua Pengarah AKPS - Saifuddin Nasution
Proses pemilihan calon terbaik untuk mengemudi AKPS telah dibincangkan bersama Perdana Menteri selepas mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

Penambahbaikan proses permit masuk pasangan warganegara dilaksanakan 1 Sept
Penambahbaikan proses permit masuk bagi pasangan warganegara akan dilaksanakan mulai 1 Sept depan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

16 pegawai, anggota polis dibuang kerja pada Januari
Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).