SHAH ALAM: Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), makmal pengukuran yang dikendalikan SIRIM Bhd telah dilantik sebagai Presiden dan Sekretariat Forum Metrologi Perundangan Asia Pasifik (APLMF) untuk tempoh dua tahun.
"Pelantikan baharu ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara membangun pertama dan dari rantau ASEAN yang diberi mandat, antara lain, untuk menguruskan sekretariat, mengatur mesyuarat tahunan dan menyokong pelaksanaan program kerja APLMF," menurut NMIM dalam satu kenyataan semalam.
Menurut NMIM, APLMF adalah kumpulan pihak berkuasa metrologi perundangan yang berperanan membangunkan metrologi perundangan selain untuk menggalakkan perdagangan bebas dan terbuka di rantau Asia Pasifik melalui penyelarasan serta penghapusan halangan teknikal atau pentadbiran untuk perdagangan dalam bidang metrologi undang-undang.
APLMF ditubuhkan pada November 1994, dengan 14 negara anggota dari rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) iaitu Australia, Kanada, China, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, New Zealand, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Taipei, Thailand dan Amerika Syarikat.
Badan itu kini mempunyai 27 negara anggota.
NMIM yang berfungsi di bawah Akta Sistem Pengukuran Nasional 2007 (Akta 675), berperanan sebagai penjaga di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 (Akta 71).
NMIM menyebarkan kebolehkesanan pengukuran ke seluruh negara berdasarkan Sistem Unit Antarabangsa dan mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan infrastruktur metrologi nasional memenuhi dan mematuhi standard pengukuran global.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 05 2021
NMIM yang berfungsi di bawah Akta Sistem Pengukuran Nasional 2007, berperanan sebagai penjaga di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972. - Gambar hiasan SIRIM Bhd
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Malaysia dipilih terajui kumpulan Metrologi Perundangan Asia Pasifik
Pelantikan baharu ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara membangun pertama dan dari rantau ASEAN yang diberi mandat, antara lain, untuk menguruskan sekretariat.