Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Malaysia berada di landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju yang menjaga kebajikan rakyat.
Katanya, dasar-dasar kerajaan seperti memberi bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), rasionalisasi subsidi minyak dan juga pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan menjaga kebajikan rakyatnya.
"Hasil perjumpaan saya dengan Presiden Jokowi (Joko Widodo), beliau memuji langkah kerajaan Malaysia dan mengakui cabaran yang dihadapi oleh Indonesia adalah lebih besar walaupun melaksanakan dasar yang sama seperti Malaysia," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di sini malam tadi.
Beliau berada di Jakarta dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari bermula semalam dan beliau dijadual menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) yang bermula hari ini.
Katanya, beliau dimaklumkan oleh Jokowi, Indonesia juga memberikan bantuan kewangan kepada rakyatnya yang miskin, mengurangkan subsidi minyak dan mengenakan GST yang lebih tinggi daripada Malaysia.
"Jokowi beritahu langkah mengurangkan subsidi minyak dan pelaksanaan GST telah mengakibatkan populariti beliau dilaporkan jatuh sebanyak 70 peratus tetapi sebenarnya langkah itu telah memberi manfaat kepada pembangunan rakyat dan negara," katanya.
Datuk Seri Najib berkata, di Indonesia, wang hasil pengurangan subsidi dan GST di negara itu dapat digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan pemberian tunai dalam akaun bank rakyat miskin yang memerlukan bantuan.
Perdana Menteri berkata, samalah seperti di Malaysia, kerajaan juga mengambil langkah tidak popular dengan rasionalisasi subsidi minyak dan melaksanakan GST demi kepentingan pembangunan negara dan menyalurkan bantuan tunai kepada rakyat.
"Kita telah menjimatkan wang sebanyak RM22 bilion menerusi rasionalisasi subsidi minyak dan kita mencari kaedah untuk pindahkan kepada bantuan rakyat yang memerlukan," kata beliau.
Katanya, dasar memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan telah merancakkan ekonomi mikro dan apabila ekonomi mikro menjadi bagus ia seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi makro.
Indonesia telah menyatakan minat untuk mengikuti dasar kerajaan Malaysia yang mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 5 peratus dengan kadar inflasi yang begitu rendah.
Beliau berkata dasar Malaysia itu telah dipuji oleh sebuah negara asing dan ia membuktikan Malaysia berada di landasan yang tepat.
"Negara luar memandang tinggi kita tetapi terdapat di kalangan rakyat kita yang memandang rendah negara sendiri, seharusnya kita bersama-sama membangunkan negara...kita boleh melakukan lebih baik (supaya) negara kita akan maju dengan sokongan semua.
Jika ada kekurangan kita tambahbaikkan dan fokus kita ialah perjuangan bagi membela nasib rakyat yang memerlukan," katanya.
Beliau berkata Malaysia kini berada di kedudukan ke-18 daripada 140 negara, mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan 20 ekonomi utama paling berdaya saing di dunia dan ia adalah sesuatu yang memberangsangkan.
Katanya, Malaysia akan terus mengembangkan rangkaian kerjasama dengan Indonesia dan akan mencari peluang-peluang perniagaan di Indonesia untuk membantu golongan ahli perniagaan dari Malaysia.
Majlis itu turut dihadiri bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, beberapa menteri kabinet dan lebih 200 rakyat Malaysia termasuk para pelajar, ahli perniagaan dan rakyat Malaysia yang menetap di Indonesia.
Bernama
Tue Aug 02 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Rakyat Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia pada Isnin. -Bernama
Dialog Anak Muda: Belanjawan 2025: Macam mana ok?
Rasionalisasi subsidi RON95, kadar baharu gaji minima dan pemerkasaan TVET antara tumpuan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Analisis isu-isu ekonomi diteruskan dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini.
AWANI Tonight: Belanjawan 2025: What are the hits and misses
Bait al-Amanah's Benedict Weerasena shares his thoughts on the hits and misses of Budget 2025, which sees an allocation of RM421 bil, a 3.3% increase from the previous year.
AWANI Tonight: Key highlights from Belanjawan 2025
Key highlights from Belanjawan 2025, which includes increased allocations for Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tax reliefs for first home buyers, and cash aid for singles, among other reforms.
PDRM pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya - KPN
PDRM akan memastikan semua perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya.
AWANI Tonight 18 Oct 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
It's About YOUTH: Rethinking the workplace for the younger generation
Celine Ting (@celinetingkl) from OpenAcademy and Anas Hayyan (@anashayyan) from Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) discuss strategies for retaining and developing today's workforce, with a focus on meeting Gen Z's expectations while boosting productivity. #ItsAboutYOUth
345,000 rakyat Palestin di Gaza berdepan krisis kebuluran pada musim sejuk ini - PBB
Terdapat peningkatan ketara daripada 133,000 individu yang kini diklasifikasikan sebagai mengalami "krisis ketidakjaminan makanan."
Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story bertitah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyelaraskan projek perumahan mampu milik dan diletakkan di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.
BR1M akan dibayar sebelum Aidilfitri - Lim Guan Eng
Bantuan itu akan dibayar kepada penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Manifesto BN asas kemenangan dua pertiga pada PRU14 - Syed Ali
Manifesto Barisan Nasional (BN) bakal melonjakkan peningkatan undi rakyat untuk memenangi majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Kepelbagaian ekonomi Malaysia bantu negara capai status negara berpendapatan tinggi
Polisi kerajaan yang mempelbagaikan struktur ekonomi negara ini adalah keputusan yang tepat untuk mengukuhkan sistem kewangan negara.
80 peratus penerima BR1M terima bayaran peringkat pertama
Penyaluran ke akaun bank penerima dijangka selesai sepenuhnya pada akhir bulan Mac ini.
'Idea BR1M bukan dari saya tetapi dari Bank Negara' - PM Najib
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan cetusan idea Bank Negara Malaysia (BNM) yang mahu bantuan disalurkan kepada rakyat secara lebih berkesan.
Bayaran BR1M fasa kedua dan ketiga pada Jun, Ogos - PM Najib
Bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai Isnin ini, dan bayaran seterusnya pada Jun dan Ogos.
Pengagihan BR1M bermula Isnin
BR1M pada tahun ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara akan dilakukan dalam tiga fasa.
Selepas Arab Saudi, kini Mesir berminat tiru BR1M
Mesir menjadi negara terbaharu selepas Arab Saudi yang berminat melaksanakan program serupa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan di negara ini pada 2012
BR1M bukan dedak - PM
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan dedak atau umpan seperti yang dituduh pembangkang.