KUALA LUMPUR:Malaysia berada dalam keadaan terkawal daripada ancaman siber dan tiada keperluan untuk masyarakat berasa cemas mahupun panik, kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM) Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.
Beliau berkata bagaimanapun semua pengguna internet harus mengambil tanggungjawab melindungi diri masing-masing daripada ancaman siber, dengan meningkatkan pengetahuan asas mengenai ancaman tersebut.
"CSM menawarkan pelbagai perkhidmatan keselamatan siber dalam konteks responsif dan penghalang untuk mencegah daripada kebocoran data dan melindungi keselamatan data melalui pengukuhan sistem keselamatan ICT (teknologi komunikasi dan maklumat).
"Ini bagi membantu memperkukuh atau menyelamatkan keselamatan data... di CSM, kita juga ada Pusat Bantuan Cyber999 di mana jika berlaku apa-apa insiden, pengguna boleh melaporkan kepada kami di cyber999@cybersecurity.my ataupun telefon 1-300-88-2999," katanya sambil menambah, CSM turut bekerjasama rapat dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi dalam konteks melindungi data rakyat Malaysia.
Beliau berkata demikian dalam program siaran langsung 'Temu Minda Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM): Ancaman Siber, Adakah Malaysia Bersedia?' bersama menterinya Datuk Saifuddin Abdullah, yang disiarkan di Facebook Live KKMM, saluran TV1 RTM dan Bernama TV malam tadi.
Baru-baru ini, kumpulan penggodam Anonymous Malaysia yang kini disiasat polis, membuat ancaman untuk menggodam laman sesawang kerajaan menerusi klip video berdurasi 55 saat yang tular di media sosial.
Ia mendakwa sistem sekuriti Malaysia berada pada tahap rendah dan boleh menyebabkan penggodam menjual segala maklumat yang bocor, selain mengatakan lebih 46 juta data pengguna syarikat telekomunikasi telah digodam sehingga kini.
Anonymous Malaysia pada 29 Jan lepas sekali lagi memuat naik video berdurasi tiga minit 17 saat yang mendakwa "scammer" terus menipu orang ramai menerusi e-mel, panggilan telefon dan laman sosial sejak 2015 berikutan kebocoran data.
Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi Intellize Tech Services Dr Kavita Muthy berkata tahap keseriusan ancaman siber boleh seakan-akan atau menjadi lebih besar daripada pandemik COVID-19 kerana ia juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa, perniagaan serta memberi impak kepada ekonomi.
"Ini termasuk buli siber, iaitu suatu perkara yang tidak beretika langsung kerana kalau dulu kita nak buli orang dekat padang sekolah, tetapi sekarang di laman siber dan ia datang dengan emosi, niat untuk balas dendam atau menyakitkan hati orang lain atau beri sesuatu impak negatif kepada individu terbabit," katanya.
Dua lagi individu selaku ahli panel dalam program berkenaan adalah Ketua Bahagian Kelestarian Digi Telecommunications Philip Ling dan Pembentang Terbaik Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaaan 2019 Branden Carl Murray.
Terdahulu, Saifuddin berkata tema bagi sambutan Hari Keselamatan Internet di Malaysia pada 9 Feb ini adalah "Etika Siber" sambil memberitahu, rakyat berada dalam talian sekitar lima hingga 12 jam sehari secara purata.
Hari Keselamatan Internet disambut seluruh dunia pada hari kedua, minggu kedua bulan Februari setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021
Baru-baru ini, kumpulan penggodam Anonymous Malaysia yang kini disiasat polis, membuat ancaman untuk menggodam laman sesawang kerajaan menerusi klip video berdurasi 55 saat yang tular di media sosial. - Gambar hiasan
Melania Trump seru warga Amerika bersatu
Bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump menyeru anjakan paradigma baharu untuk rakyat Amerika bersatu.
kenyataan itu dibuat beliau dalam satu kenyataan pada Ahad susulan insiden cubaan bunuh ke atas suaminya, Donald Trump pada Sabtu.
kenyataan itu dibuat beliau dalam satu kenyataan pada Ahad susulan insiden cubaan bunuh ke atas suaminya, Donald Trump pada Sabtu.
Biden minta rakyat AS redakan suhu retorik politik
Sudah tiba masanya untuk meredakan suhu retorik politik di Amerika Syarikat.
Mengulas berkenaan insiden cubaan bunuh ke atas bekas Presiden Donald Trump, presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata retorik politik AS disifatkan sudah sangat hangat pada ketika ini dan rakyat Amerika diingatkan perlu menjaga hubungan antara satu sama lain.
Mengulas berkenaan insiden cubaan bunuh ke atas bekas Presiden Donald Trump, presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata retorik politik AS disifatkan sudah sangat hangat pada ketika ini dan rakyat Amerika diingatkan perlu menjaga hubungan antara satu sama lain.
Perkhidmatan rahsia AS jamin Konvensyen Republikan selamat
Tiada perubahan dibuat pada rancangan keselamatan sedia ada Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) untuk Konvensyen Nasional Republikan (RNC) yang dijadualkan diadakan di Milwaukee, Wisconsin, dari 15 hingga 18 Julai.
Dalam sidang media pada Ahad, Audrey Gibson-Cicchino, Penyelaras RNC daripada Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, menekankan beberapa persiapan yang dilakukan bagi memastikan acara itu berjalan dengan lancar.
Dalam sidang media pada Ahad, Audrey Gibson-Cicchino, Penyelaras RNC daripada Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, menekankan beberapa persiapan yang dilakukan bagi memastikan acara itu berjalan dengan lancar.
Kerajaan jalankan penyelidikan impak kehadiran mikroplastik terhadap kualiti air - Fadillah
Kerajaan melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang giat menjalankan penyelidikan berkaitan impak kehadiran bahan cemar baharu terhadap kualiti air.
Saksi nampak lelaki merangkak atas bumbung bawa senapang
Seorang saksi menceritakan semula melihat seorang lelaki dengan rifle di atas bumbung berhampiran beberapa saat sebelum bekas presiden AS Donald Trump ditembak di telinga pada perhimpunan kempen di Pennsylvania.
Sehari selepas cubaan bunuh, Donald Trump tiba di Milwaukee
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tiba di Milwaukee menghadiri Konvensyen Kebangsaan Parti Republikan sehari selepas menjadi sasaran percubaan dibunuh semasa acara kempen.
PM mahu pindaan Akta 355 komprehensif, libat input antarabangsa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kemajuan perbincangan pindaan Akta 355 dan menekankan keperluan untuk memastikan pindaan itu komprehensif dan diterima dengan baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Proses ini melibatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk mufti, pakar undang-undang serta ulama antarabangsa, untuk meningkatkan kedudukan mahkamah Syariah dan menyelaraskannya dengan mahkamah sivil.
#AWANInews
Proses ini melibatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk mufti, pakar undang-undang serta ulama antarabangsa, untuk meningkatkan kedudukan mahkamah Syariah dan menyelaraskannya dengan mahkamah sivil.
#AWANInews
Bahan letupan ditemukan dalam kereta suspek penembak Trump - Laporan
Pihak berkuasa menemukan bahan letupan dalam kereta yang dipandu lelaki berusia 20 tahun yang didakwa cuba membunuh bekas Presiden Donald Trump semasa perhimpunan kempennya di Pennsylvania.
Langgar anggota polis trafik: Lelaki direman empat hari
Tempoh reman dibenarkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid terhadap lelaki tersebut bermula hari ini hingga Khamis depan.
Penarafan JP Morgan: Momentum reformasi ekonomi perlu diteruskan, walau tidak popular
Pakar ekonomi optimis terhadap ekonomi Malaysia berikutan pelaksanaan dasar-dasar seperti perubahan tenaga baharu dan Pelan Induk Perindustrian Negara (NIMP). Risiko global dan geopolitik yang tidak menentu masih wujud, namun asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan dasar yang konsisten terus menarik minat pelabur asing.
Kakitangan Microsoft di China diwajibkan guna iPhone
Pengharaman penggunaan peranti Android turut berkuat kuasa ke atas kakitangan yang bekerja di Hong Kong.
Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024
Aktiviti jenayah siber di Telegram meningkat sebanyak 53 peratus pada Mei hingga Jun 2024 berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data Perisikan Jejak Digital Kaspersky.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Dell sahkan data 49 juta pelanggan dicuri penggodam
DELL menghantar notifikasi kepada pelanggan selepas mengesahkan mereka telah menjadi mangsa godam.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Bukan hanya Apple, 'spyware' juga beri risiko kepada pengguna Android
Teknologi yang diguna pakai bagi pembangunan 'spyware' bukanlah seperti virus biasa, yang mampu disekat oleh aplikasi antivirus.
NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
NC4 dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.
Microsoft dipersalahkan dalam serangan siber penggodam China
Serangan siber ini dipercayai sepatutnya tidak berlaku dan boleh dihalang. Namun begitu kegagalan sekuriti oleh Microsoft menjadi penyebab insiden ini berlaku.
Malaysia terima 3,000 serangan siber setiap hari - Mohamed Khaled
Sistem pertahanan negara menerima kira-kira 3,000 serangan siber setiap hari khususnya selepas Malaysia menyatakan sokongan terhadap Palestin, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.