KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat sejumlah RM164 bilion pelaburan yang diluluskan melalui 4,599 projek dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama pada 2020, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, pelaburan ini diharapkan dapat mewujudkan 114,673 pekerjaan baharu dalam pelbagai sektor ekonomi setelah dilaksanakan.
"Sebaliknya, sejumlah 5,287 projek dengan pelaburan berjumlah RM211.4 bilion telah diluluskan pada 2019.
"Penurunan ini disebabkan oleh sektor perkhidmatan dan utama yang secara langsung dipengaruhi oleh penurunan permintaan global akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu, pada 2020, pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dengan sumbangan 60.9 peratus (RM99.8 bilion), sementara pelaburan langsung asing (FDI) merangkumi baki RM64.2 bilion (39.1 peratus).
Sektor perkilangan menerajui jumlah pelaburan yang diluluskan pada 2020 dengan mencatat pelaburan sebanyak RM91.3 bilion, diikuti sektor perkhidmatan RM66.7 bilion dan sektor utama RM6.0 bilion.
MIDA berkata China (RM18.1 bilion), Singapura (RM10.0 bilion) dan Belanda (RM7.0 bilion) adalah tiga sumber FDI teratas daripada keseluruhan sektor ekonomi di Malaysia, menyumbang lebih daripada separuh (54.8 peratus) daripada jumlah FDI yang diluluskan bagi tahun ini.
Selangor (RM38.7 bilion) mencatatkan pelaburan tertinggi yang diluluskan pada tahun lepas, diikuti Sabah (RM21.0 bilion), Sarawak (RM19.6 bilion), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM17.1 bilion) dan Pulau Pinang (RM16.0 bilion).
"Lima negeri ini sahaja menyumbang lebih 60 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan bagi 2020," katanya.
Mengenai sektor perkilangan, MIDA berkata, bilangan projek perkilangan yang diluluskan meningkat sebanyak 6.2 peratus daripada 988 projek pada 2019 kepada 1,049 projek pada 2020.
"Apabila dilaksanakan, projek perkilangan yang diluluskan ini akan mewujudkan pekerjaan baharu bagi lebih daripada 80,000 orang.
"Daripada jumlah tersebut, 35.8 peratus adalah jawatan pengurusan, teknikal dan penyeliaan (MTS), termasuk jurutera, penyelia penyelenggaraan kilang, pembuat tools and die, juruteknik, kakitangan teknologi maklumat (IT), pengawal kualiti, juruelektrik dan pengimpal," katanya.
MIDA berkata, FDI menyumbang 62 peratus (RM56.6 bilion) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, sementara pelaburan domestik merangkumi baki 38 peratus (RM34.7 bilion).
''Penting untuk diperhatikan bahawa di sebalik situasi yang mencabar, DDI melonjak 22.6 peratus sementara FDI meningkat 3.9 peratus berbanding 2019," katanya sambil menambah China merupakan pelabur paling utama dalam sektor perkilangan di Malaysia, menyumbang RM17.8 bilion daripada jumlah pelaburan asing yang diluluskan dalam sektor tersebut.
"China juga merupakan sumber pelaburan asing terbesar dalam sektor perkilangan selama lima tahun berturut-turut," katanya.
MIDA berkata sumber FDI utama yang lain termasuk Singapura (RM8.8 bilion), Belanda (RM6.5 bilion), Amerika Syarikat (RM3.7 bilion), Hong Kong (RM2.9 bilion), Switzerland (RM2.8 bilion), Thailand (RM1.9 bilion), Jepun (RM1.7 bilion) dan Korea Selatan (RM1.4 bilion).
Selangor (RM18.4 bilion) adalah penerima pelaburan terbesar dalam sektor perkilangan bagi 2020, diikuti Sarawak (RM15.7 bilion), Pulau Pinang (RM14.1 bilion), Sabah (RM12.0 bilion) dan Johor (RM6.8 bilion).
Lima negeri ini menyumbang 73.4 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor tersebut tahun lepas.
Mengulas mengenai pencapaian itu, Azmin berkata, walaupun berdepan dengan cabaran akibat pandemik, pelaburan projek baharu yang merangkumi 66.9 peratus daripada keseluruhan projek perkilangan yang diluluskan, tetap dapat dijana pada 2020.
"Ini adalah bukti usaha MITI dan MIDA untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan dasar yang mesra pelabur dilaksanakan untuk membolehkan pelabur mempunyai keyakinan mewujudkan operasi baharu di negara ini," katanya.
Beliau berkata, pasukannya kami juga telah bekerja keras untuk memastikan projek yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan lancar.
"Ini dapat dilihat melalui peringkat pelaksanaan yang baik bagi projek yang telah diluluskan. Bagi tempoh 2016-2020, daripada 4,178 projek yang telah diluluskan, 70.0 peratus pelaburan bernilai RM197.2 bilion telah dilaksanakan di negara ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelaburan bernilai RM164 bilion yang diluluskan melalui 4,599 projek diharapkan dapat mewujudkan 114,673 pekerjaan baharu dalam pelbagai sektor ekonomi setelah dilaksanakan. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.