PUTRAJAYA: Sebanyak 49,992 kes Hepatitis B dilaporkan bagi tempoh 10 tahun dari 2013 hingga 2023, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Bagi kes Hepatitis C, beliau berkata jumlah keseluruhan adalah sebanyak 34,573 kes bagi tempoh sama.
"Hepatitis B boleh dicegah melalui imunisasi iaitu dos pertama diberikan semasa kelahiran, dos seterusnya pula diberikan kepada bayi menggunakan vaksin kombinasi enam serangkai (enam dalam satu) pada umur dua, tiga, lima dan 18 bulan, manakala untuk Hepatitis C pula, rawatan khusus kini boleh diberikan untuk menyembuhkan jangkitan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Hari Hepatitis Sedunia yang disambut setiap 28 Julai, dengan tema tahun ini 'Sudah tiba masanya untuk bertindak' atau It's time for action, yang menekankan keperluan berkolaborasi dalam penyampaian perkhidmatan imunisasi, saringan, rawatan serta menggiatkan aktiviti advokasi antara kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Hepatitis merupakan penyakit keradangan hati yang lazimnya disebabkan oleh jangkitan virus (viral hepatitis) iaitu Virus Hepatitis A, B, C, D atau E.
Virus Hepatitis A dan E biasanya berjangkit melalui pengambilan makanan atau air tercemar dan tidak membawa kepada penyakit kronik manakala virus Hepatitis B, C dan D berjangkit melalui darah atau cecair badan serta boleh membawa kepada penyakit kronik yang merupakan punca utama kepada sirosis atau parut hati (liver cirrhosis) dan kanser hati.
Berdasarkan Laporan Hepatitis Global 2024, Dr Muhammad Radzi berkata pada 2022 dianggarkan terdapat 2.2 juta kes jangkitan baharu viral hepatitis di dunia, dengan 1.1 juta merupakan jangkitan Hepatitis B, 1.0 juta adalah Hepatitis C dan 100,000 kes adalah jangkitan bagi lain-lain jenis hepatitis.
"Jumlah kematian dilaporkan pula adalah sebanyak 1.3 juta kes dengan 83 peratus kematian disebabkan oleh jangkitan Hepatitis B dan baki 17 peratus kematian adalah disebabkan oleh jangkitan Hepatitis C," katanya.
Justeru, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan hidup sihat dan amalan kebersihan diri untuk mengelakkan risiko mendapat jangkitan hepatitis atau risiko untuk menjangkiti orang lain bagi individu yang telah dijangkiti.
Orang ramai terutamanya golongan berisiko dinasihatkan menjalani ujian saringan hepatitis seterusnyamendapatkan nasihat dan rawatan di fasiliti kesihatan kerana ia dapat mengelakkan komplikasi jangkitan seperti penyakit hati yang teruk dan kanser hati dan seterusnya kematian.
"Sekiranya tercicir imunisasi (Hepatitis B), ibu bapa perlu mendapatkan nasihat di klinik kesihatan yang berhampiran untuk penjadualan semula imunisasi bagi anak mereka," katanya.
Maklumat lanjut mengenai viral hepatitis dan vaksin hepatitis boleh diperoleh daripada laman sesawang MyHealth dan Infosihat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024

Dr Muhammad Radzi berkata, bagi kes Hepatitis C, beliau berkata jumlah keseluruhan adalah sebanyak 34,573 kes bagi tempoh sama. - Gambar fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Alex pergi terlalu cepat, baru minggu lepas kami borak di telefon - U-Wei Hj Saari
Pengarah flem, U-Wei Hj Saari meluahkan rasa sedih atas pemergian sahabat baiknya Alex Komang akibat kanser hati.