Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Malaysia bukan 'Pak Turut' dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), satu inisiatif bagi mewujudkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di seluruh rantau Asia Pasifik, demi menjaga kepentingan negara.
Sebaliknya beliau berkata Malaysia telah menyatakan pendiriannya dengan tegas untuk melakukan proses dalaman iaitu menerangkan perjanjian berkenaan kepada kabinet, rakyat Malaysia serta perbahasan di Parlimen, sebelum membuat keputusan.
"Kita tak jadi 'Pak Turut' sama sekali, itu tidak benar," katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri mesyuarat para pemimpin TPP, di sini hari ini.
"Kita masuk dengan kerelaan hati kerana kita merupakan sebuah negara perdagangan, antara yang terbesar di dunia, sebab itu kita ada kepentingan untuk masuk sebagai rakan TPPA dan berpeluang menentukan kerangka FTA yang baharu di dunia."
Najib berkata Malaysia tidak akan dapat memberi input dan pandangan bagi mencorakkan perdagangan bebas dunia jika negara tidak terlibat dalam rundingan itu.
Perdana Menteri berkata mesyuarat TPPA telah menerima pendirian Malaysia bahawa perjanjian ini akan melalui proses dalaman yang melibatkan penerangan kepada kabinet, rakyat Malaysia serta perbahasan di Parlimen.
Beliau berkata proses tersebut diambil memandangkan perjanjian ini menyentuh perkara tertentu dan berkaitan soal kedaulatan negara, termasuk hak untuk menentukan dasar-dasar tempatan -- harta intelektual, penyelesaian pertikaian pelaburan negara, pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara, alam sekitar dan buruh.
"Saya nampak mereka faham mengenai apa dan kenapa Malaysia menyatakan pendirian tersebut, walaupun kebanyakan mereka itu berkehendakkan perjanjian ini dimuktamadkan secepat mungkin supaya momentumnya tidak tersekat, memandangkan mereka tidak ada cabaran dan sensitiviti seperti dalam konteks Malaysia," kata Perdana Menteri.
Najib berkata penglibatan Malaysia dalam TPPA akan diteruskan sehingga teks akhir perjanjian lengkap, dan kerajaan akan menimbangkannya berasaskan sokongan rakyat, sama ada menerima atau tidak perjanjian ini.
Dalam pertemuan bersama 12 negara yang terlibat dalam TPPA itu, Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa Malaysia tidak ada masalah dalam aspek perdagangan dan pelaburan kerana mempunyai rekod cemerlang sebagai ekonomi yang terbuka dan menjadi destinasi pelaburan yang disenangi pelabur.
Berhubung perenggan ketiga Penyataan Pemimpin TPP yang menyebut: "Kami bersetuju bahawa rundingan kini diteruskan bagi menyelesaikan semua isu tertangguh dengan objektif memuktamadkannya tahun ini...," Najib berkata ia merupakan objektif yang tidak boleh atau tidak semestinya boleh dicapai.
"Apa yang kita maksudkan ialah kita akan berusaha, tetapi kalau ada isu-isu tertentu yang penting dari segi 'substance' yang tidak dapat diputuskan dalam tempoh masa tersebut, maka ia akan dilanjutkan selepas akhir tahun ini," katanya.
Rundingan TPPA melibatkan 12 anggota iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Ia mewakili pasaran besar dengan seramai 800 juta penduduk, dengan gabungan keluaran negara kasar sebanyak US$27.5 trilion.
Rundingan pertama TPPA bermula pada Mac 2010 di Melbourne, dan sehingga ini 19 rundingan sudah dimuktamadkan. Malaysia menyertai sebagai anggota perunding penuh pada rundingan pusingan ketiga yang berlangsung di Brunei dari 5 hingga 8 Okt, 2010.
Bernama
Tue Oct 08 2013
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
[TERKINI] Menteri minta MCMC keluar amaran banjir tanpa SMS
Menteri Komunikasi mengarahkan MCMC meneliti saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.