SHAH ALAM: Kerajaan Malaysia telah memulakan strategi global yang proaktif untuk menghalang dan mengetepikan sebarang cubaan merampas atau campur tangan dalam urusan berkaitan aset Malaysia di luar negara oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
Ia susulan laporan waris Kesultanan Sulu telah mengemukakan permohonan bagi mengiktiraf dan menguatkuasakan perintah (Final Award) di Mahkamah Belanda terhadap aset-aset Malaysia di sana, termasuk rangkaian aset milik Petronas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Malaysia akan meneruskan prosiding mahkamah di Perancis dan Sepanyol untuk mengetepikan dan membatalkan perintah berkaitan serta yakin penyelesaian prosiding mahkamah itu akan menyebelahi Malaysia.
“Saya ingin menegaskan bahawa aset Petronas bukanlah milik Kerajaan Malaysia dan permohonan untuk mengiktiraf serta menguatkuasa aset-aset tersebut dilihat sebagai suatu pencabulan proses mahkamah.
"Percubaan terkini oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu untuk merampas aset yang didakwa milik Kerajaan Malaysia di Belanda boleh dikatakan sebagai satu lagi tindakan mengambil kesempatan yang bertentangan dan melanggar dengan peraturan timbang tara dan norma di bawah Konvensyen New York dan The United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL).
“Pendirian Kerajaan Malaysia bahawa perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah di Paris pada bulan Februari 2022 adalah tidak teratur dan tidak mengikut lunas undang-undang.
“Tambahan pula, perintah yang diperoleh sekiranya dikuatkuasa boleh mengakibatkan ketidakadilan
serta implikasi yang serius kepada kestabilan negara lain. Perintah yang dikeluarkan oleh penimbang tara adalah tidak sah dan tidak mengikut norma atas beberapa sebab-sebab tertentu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sebagai contoh jelasnya, tindakan mengalihkan proses pengiktirafan dan penguatkuasaan perintah yang diperoleh daripada negara Sepanyol ke negara Perancis walaupun Mahkamah Agung Madrid mengisytiharkan pembatalan pelantikan Penimbang Tara dan prosiding susulan timbang tara.
Bagaimanapun, pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu tetap meneruskan usaha-usaha menguatkuasakan perintah di negara-negara di mana Malaysia sedang melaksanakan tindakan sewajarnya.
“Dalam masa yang sama, kerajaan melaksanakan tindakan perundangan yang sama di Luxembourg dan akan mengambil tindakan yang serupa di Belanda untuk mengetepikan dan menghalang sebarang percubaan oleh pihak mendakwa waris Kesultanan Sulu bagi menguatkuasakan dan memperoleh faedah-faedah daripada perintah yang dikeluarkan Mahkamah.
“Malaysia menghormati dan bangga menganggotai Konvensyen New York. Namun, Malaysia tidak akan sama sekali bertolak-ansur atau tunduk kepada mana-mana pihak yang memanipulasi dan menyalah guna sistem sedia ada demi kepentingan peribadi.
“Justeru, Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan dan asetnya di luar negara,” tegasnya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 30 2022
Kerajaan Malaysia akan bertindka balas menghalang dan mengetepikan sebarang cubaan merampas atau campur tangan dalam urusan berkaitan aset Malaysia di luar negara oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, kata Wan Junaidi. - Gambar fail BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Malaysia bertindak balas terhadap tuntutan Kesultanan Sulu
Malaysia akan meneruskan prosiding mahkamah di Perancis dan Sepanyol untuk mengetepikan dan membatalkan perintah berkaitan.