ALOR SETAR: Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tengku Zafrul berkata potensi tersebut telah menarik pelabur dan syarikat seperti Porsche, KIA, Hyundai, Mini Cooper, Mazda dan BMW untuk memulakan operasi masing-masing di Malaysia.
"Asia Tenggara menawarkan potensi pertumbuhan yang baik dan dengan polisi serta ekosistem yang baik, Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN," katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya hari ini.
Menerusi catatan itu, Tengku Zafrul turut berkongsi beberapa keping gambar lawatannya ke syarikat pemasangan kereta, Inokom Corporation Sdn Bhd di Kulim, Kedah.
Beliau berkata ramai anak tempatan yang berkemahiran bekerja di syarikat itu dan kerajaan akan memberi fokus kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar lebih ramai rakyat negara ini boleh meningkatkan kemahiran masing-masing.
Ia bagi memanfaatkan pelaburan dan perkembangan industri di negara ini, katanya.
Terdahulu, Tengku Zafrul turut mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, di sini.
Tengku Zafrul berkata beliau berada di Kedah bagi melawat beberapa industri di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Foto Facebook MITI
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani isu ketagihan media sosial yang luar biasa.

Malaysia menuju tenaga nuklear? Ini 5 faktor perlu diberi perhatian
Malaysia sedang mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif, tetapi sebelum direalisasikan, ada beberapa faktor penting yang perlu diambil kira.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.

MH370: 11 tahun berlalu, mungkinkah misteri terungkai?
Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza, sifatkan sebagai pembersihan etnik - Mohamad
Malaysia menentang keras cadangan untuk mengilhakkan Gaza, menyifatkannya sebagai bentuk "pembersihan etnik" dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Tujuh aspek penting yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia
Dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan rantaian bekalan global, serta peningkatan pelaburan asing, Malaysia mempunyai peluang luar biasa untuk menjadi pemain utama dalam sektor ini.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.