KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan kekurangan pakar yang kritikal dalam bidang geriatrik iaitu rawatan dan perubatan kesihatan berkaitan golongan warga emas.
Timbalan Menteri Kesihatan Senator Lukanisman Awang Sauni berkata ketika ini, hanya terdapat 33 pakar dalam bidang berkenaan di hospital kementerian, 13 di hospital universiti dan 14 orang di hospital swasta.
"Sepatutnya nisbahnya ialah setiap satu pakar bagi 10,000 populasi tetapi kita cuma ada 0.18 pakar bagi 10,000 populasi, agak kritikal," katanya menjawab soalan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkenaan penawaran bagi rawatan daripada pakar geriatrik di negara ini pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata antara punca kekurangan pakar dalam bidang itu ialah berkait dengan kebolehpasaran pakar geriatrik di Malaysia selain kekurangan pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan rawatan kepada warga emas dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Menurutnya, kerajaan sedang menyiapkan draf Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas Kementerian Kesihatan (KKM) 2023-2030 yang antara lain menggariskan secara terperinci keperluan mengisi pakar geriatrik.
"Antara inisiatif untuk menarik minat dalam pakar perubatan geriatrik adalah dengan menambah usaha promosi bagi pengajian subkepakaran geriatrik, menambah bilangan biasiswa yang ditawarkan untuk latihan subkepakaran geriatrik dan menjadikan perubatan geriatrik sebagai bidang yang berpotensi untuk peluang kenaikan pangkat," katanya.
Menurutnya secara purata, seramai lapan pakar perubatan mengikuti latihan subkepakaran dalam bidang geriatrik setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
![Malaysia berdepan kekurangan pakar geriatrik Malaysia berdepan kekurangan pakar geriatrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658196549_oldpeople.jpg)
Ketika ini, hanya terdapat 33 pakar dalam bidang geriatrik di hospital kementerian, 13 di hospital universiti dan 14 orang di hospital swasta. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Malaysia berdepan kekurangan pakar geriatrik Malaysia berdepan kekurangan pakar geriatrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658196549_oldpeople.jpg)
Malaysia berdepan kekurangan pakar geriatrik
Malaysia berdepan kekurangan pakar yang kritikal dalam bidang geriatrik iaitu rawatan dan perubatan kesihatan berkaitan golongan warga emas.