Malaysia merupakan satu daripada tujuh negara ASEAN yang menjadi sasaran pengintipan siber yang dijalankan kumpulan penggodam APT30.

Maklumat itu didedahkan syarikat keselamatan siber, FireEye yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Wakil perniagaan, kerajaan dan wartawan merupakan sasaran APT30 untuk mencuri maklumat yang tertentu.

FireEye turut mengeluarkan amaran tentang ancaman pengintipan siber pada Persidangan ASEAN ke-26 di Kuala Lumpur.

Penganalisis sekuriti bebas, Alip Asri yang berpangkalan di Singapura percaya laporan yang dikeluarkan FireEye adalah sahih dari sudut teknikal.

Klik pada video untuk mengikuti temubual penuh bersama Alip dalam Awani 745 sebentar tadi.