PUTRAJAYA: Malaysia belum membuat sebarang ketetapan mengenai vaksinasi COVID-19 terhadap kanak-kanak berumur 12 tahun, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
"Tiada sebarang kelulusan untuk vaksinasi pediatrik di Malaysia mahupun di mana-mana tempat ketika ini. Ia masih dalam kajian oleh agensi pengawalseliaan sama ada badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) mahupun Pihak Berkuasa Kawalan Kesihatan Kebangsaan (NHRA).
"Sebaik sahaja kita ada cukup data untuk menyokong bahawa adalah selamat untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak, barulah kita akan bawa ia kepada jawatankuasa vaksin untuk pertimbangan dan membuat keputusan mengenainya," katanya pada persidangan media mengenai perkembangan terkini COVID-19 di sini semalam.
Menurutnya pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech, sedang dalam proses menampilkan vaksin COVID-19 khusus buat kanak-kanak dan vaksin itu mempunyai dos yang berbeza daripada dos untuk dewasa.
Beliau berkata dengan ketiadaan vaksinasi yang diluluskan untuk mereka yang berumur 12 tahun ke bawah, langkah vaksinasi orang dewasa di sekolah-sekolah akan menjadi cara terbaik untuk memastikan anak-anak yang belum diberi vaksin terselamat.
Khairy berkata Kementerian Kesihatan mungkin akan menimbangkan keperluan mewajibkan vaksinasi COVID-19 dalam usaha menangani masalah berkaitan anti-vaksin, sambil menambah bahawa beliau juga hampir mencadangkan supaya semua anggota kabinet diwajibkan mengambil vaksin.
Bagaimanapun katanya buat waktu ini kerajaan tidak akan mewajibkan pengambilan vaksin oleh orang ramai.
"Saya belum sampai ke tahap saya akan mengesyorkan supaya seluruh anggota kabinet diwajibkan untuk menjalani vaksinasi," katanya.
Khairy berkata satu dasar baharu mengenai ujian COVID-19 akan dilaksanakan tidak lama lagi khusus bagi mereka yang menolak untuk mendapatkan vaksin, yang bukan disebabkan faktor perubatan.
Beliau berkata di bawah dasar ini, seseorang perlu melakukan ujian diri dengan alat ujian COVID-19 secara berkala untuk memastikan mereka bebas dari virus.
"Sebaik sahaja kita masuk ke fasa endemik, sama ada anda telah divaksin atau tidak, anda perlu menjalani ujian kendiri dengan kerap.
"Bagi mereka yang yang enggan divaksin, mereka perlu mempunyai jadual tertentu ujian yang perlu dipatuhi. Sama ada ia menggunakan kit ujian segera dan sekiranya ia (keputusan) positif, akan disahkan oleh ujian PCR," katanya.
Sehubungan itu Khairy berkata kerajaan dalam mesyuarat kabinet semalam telah bersetuju menetapkan harga siling bagi alat ujian diri COVID-19.
Beliau berkata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan membuat pengumuman mengenai perkara itu tidak lama lagi.
Menurutnya ketika ini terdapat 11 jenama alat ujian diri COVID-19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kesihatan untuk kegunaan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang media di kementeriannya, 1 Sept, 2021. --fotoBERNAMA
Sarawak tunggu kerajaan persekutuan muktamadkan undang-undang berkaitan karbon
Sarawak tunggu kerajaan persekutuan muktamadkan undang-undang karbon khasnya berkaitan penghantaran rentas sempadan, sebelum perdagangan komoditi berkenaan dapat dimulakan.
SUKMA 2024: KBS puji Sarawak naik taraf kemudahan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memuji usaha kerajaan Sarawak menaik taraf kemudahan sukan sedia ada bagi menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, khususnya Lapang Sasar Menembak yang dilengkapi sistem elektronik.
Terjunan emas Elvis di pusat akuatik Pandelela Rinong
Sarawak membuktikan wilayah itu tidak ketandusan atlet terjun. apabila Elvis Priestly Clement mengungguli acara 3 meter papan anjal lelaki.
Nur Afrina leburkan rekod 100 meter wanita SUKMA
Atlet Selangor Nur Afrina Batrisyia mempamerkan larian bertenaga untuk membawa pulang emas 100m wanita selepas mengungguli saingan dengan 11.64s, yang juga rekod baharu temasya SUKMA 2024.
Danish Iftikhar raja pecut SUKMA 2024
Danish Iftikhar mencatatkan 10.53 saat (s) untuk menang pingat emas buat Johor, menafikan cabaran sengit dua lagi pelumba Danish Irfan Tamrin dan Muhammad Erfain Feerzan Qhan Mohd Yazid yang masing-masing meraih perak dan gangsa.
Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.
OKS dera anjing Husky gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap
Waran tangkap tersebut dikeluarkan susulan OKS itu gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan kes hari ini dan hanya diwakilkan oleh peguamnya.
Berita Terkini Kita: Cerita komuniti di Kuala Terengganu
Berita Terkini Kita minggu ini ke Terengganu bersama Nursyazwani Saiful Sham. Ikuti perkongsian #InilahKita berkenaan komuniti Peranakan Cina di Terengganu. Peranakan Cina yang terdapat di Terengganu sedikit berbeza dengan berasimilasi kepada budaya Melayu.
China terus rekod pertumbuhan stabil pada suku kedua 2024
Ekonomi China terus merekodkan pertumbuhan stabil pada Julai dengan hasil jualan entiti pasaran pulih selain soroton positif di pelbagai sektor.
900 majikan gaji PATI ditangkap bagi tempoh 1 Jan hingga 16 Ogos - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak sesekali berkompromi dengan majikan yang menggaji pendatang tanpa izin (PATI) dan tindakan tegas akan diambil.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.
KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan
Khairy Jamaluddin berkata, tindakan Fahmi menyebabkan pengumuman tersebut tidak mendapat respons baik, sebaliknya menjadi bahan ejekan.
KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd
Khairy dilantik atas kapasiti Pengarah Bebas Syarikat untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.