KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara aggotanya berdasarkan prinsip saling menghormati serta undang-undang antarabangsa seperti yang termaktub dalam Piagam PBB.
Ketika berucap pada Majlis Hari Ulang Tahun ke-78 PBB di Kuala Lumpur, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata Malaysia juga berterima kasih kepada PBB di negara ini atas sokongan berterusan dalam usaha negara mencapai matlamat lebih mampan dan adil di masa depan.
Menurutnya, Malaysia merupakan negara yang aktif dalam misi PBB menerusi penglibatan dengan masyarakat global.
"Malah Malaysia juga sama-sama menyumbang kepada resolusi terhadap misi pengaman PBB dengan lebih 800 kakitangan mengambil bahagian dalam pelbagai misi.
"Sehubungan itu, kami berterima kasih kepada PBB di Malaysia atas usaha berterusan menyokong negara ini.
"PBB telah bersama-sama Malaysia sejak merdeka dan kami berharap perkongsian ini akan terus berkembang maju," katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Penyelaras Residen PBB Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Karima El Korri.
Selain itu, Mohamad menambah, Malaysia juga menjadi tuan rumah kepada Pusat Global dan Serantau PBB seperti Pusat Perkhidmatan Global WHO dan UNDP dan Depot Tindak Balas Kemanusiaan PBB (UNHRD).
Majlis itu dengan tema Act Now on UN Day adn Everyday bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk bertindak bagi Matlamat Pembangunan Mampan dan komited kepada planet yang sihat, ekonomi inklusif, masyarakat yang adil dan bekerjasama.
Astro Awani
Tue Oct 24 2023

Mohamad (tengah) ketika hadir ke Majlis Ulang Tahun ke-78 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan di Taman Tugu, Kuala Lumpur. - Astro AWANI
[TERKINI] Empat pelajar Malaysia terbabit nahas di Jordan
Dua pelajar Johor terlibat dalam kemalangan di Jordan bersama dua lagi pelajar dari Selangor dan Wilayah Persekutuan, pada malam Sabtu.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kedua-dua pelajar terbabit ialah Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurlkarnian @ Zulkarnian.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kedua-dua pelajar terbabit ialah Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurlkarnian @ Zulkarnian.
Dasar Wanita Negara perkukuh dasar pemerkasaan dan perlindungan wanita
Dasar Wanita Negara 2025-2030 yang dilancarkan pada Sabtu memberi penekanan khusus kepada perlindungan wanita terutamanya mangsa keganasan rumah tangga

Usaha gencatan senjata Gaza berterusan, petanda positif rundingan fasa ke-2 - Hamas
Hamas mengesahkan bahawa usaha pengantaraan yang diketuai Mesir dan Qatar masih diteruskan bagi memuktamadkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.

Ramanan serah elaun, gaji kepada enam surau sekitar Sungai Buloh sempena Ramadan
Ahli Parlimen Sungai Buloh serah gaji dan elaunnya kepada enam surau sekitar Parlimen diwakilnya.

Serpihan SpaceX Starship jejas 240 penerbangan
FAA mengeluarkan arahan henti berlepas selama lebih sejam untuk pesawat di empat lapangan terbang Florida.

Anda kini boleh siar kandungan Telegram dengan Google Cast
Melaluinya, pengguna hanya perlu membuka video, mengetik ikon tetapan dan memilih Chromecast untuk memulakan tontonan.

CENTHRA kutuk kegagalan Sidang Konvensyen Geneva Keempat, anggap satu pengkhianatan
"Keadilan tidak boleh sekadar menjadi retorik kosong. Dunia akan mengingati siapa yang berdiam diri dalam menghadapi kezaliman ini."

Israel tidak hormat Ramadan, sasar masjid di Tebing Barat
Masjid tersebut hangus dan sebahagiannya terbakar selepas operasi ketenteraan yang dilaporkan berlaku antara pukul 2 pagi dan 6.30 pagi.

Aneka kuih talam Cik Mah 'licin' dalam masa sejam
Kuih talam Cik Mah yang dijual sejak 40 tahun lepas sentiasa menjadi tumpuan peminat kuih tradisional setiap kali menjelangnya Ramadan.

12 cedera insiden tembakan di pub Toronto
Insiden itu merupakan situasi dalam kawalan dengan kecederaan dialami mangsa berada pada tahap ringan hingga kritikal.

Malaysia akan terus bekerjasama dengan PBB
Malaysia merupakan negara yang aktif dalam misi PBB menerusi penglibatan dengan masyarakat global.