Malaysia telah berjanji untuk menghantar 380 pegawai dan anggota polis untuk misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Bercakap pada Sidang Kemuncak Pengaman PBB di sini Isnin (Selasa di Malaysia), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan itu akan menjadi sebahagian daripada Polis PBB.
Beliau berkata kumpulan tempur infantri, bersama-sama dengan unit kejuruteraan akan juga dihantar dengan segera membantu misi pengaman.
Najib berkata Pusat Pengaman Malaysia bertempat di Port Dickson setakat ini melatih lebih 2,500 peserta tempatan dan antarabangsa dari 52 negara.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjadi hos bersama sidang kemuncak pengaman bagi mendapatkan sokongan dan komitmen daripada pemimpin-pemimpin dunia ke arah operasi pengaman PBB yang lebih berkesan.
Antara tokoh-tokoh penting yang hadir pada sidang kemuncak itu ialah pemimpin dari China, Kesatuan Eropah, Itali, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan United Kingdom.
Najib berkata sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia memainkan peranan penting dalam penubuhan Kumpulan Tentera ASEAN Yang Bersiap Sedia mengenai Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana untuk dihantar dengan segera ke kawasan-kawasan krisis di rantau ini.
"Kami percaya tentera ASEAN boleh memainkan peranan yang penting sebagai responder pertama kepada cabaran di rantau ini menerusi pelaksanaan berkesan Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Respons Kecemasan," katanya.
Najib berkata sejak 1960, Malaysia telah menyertaii 5 misi pengaman PBB melibatkan lebih 29,000 anggota tentera dan polis.
Beliau berkata pada masa ini, pasukan pengaman Malaysia mengambil bahagian di Sahara Barat, Congo, Lebanon, Liberia, Abyei dan Darfur.
Bernama
Tue Sep 29 2015
![Malaysia akan hantar 380 pegawai polis untuk misi pasukan pengaman PBB - Najib Malaysia akan hantar 380 pegawai polis untuk misi pasukan pengaman PBB - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81443406552_NajibNewYork.jpg)
Najib berkata Pusat Pengaman Malaysia bertempat di Port Dickson setakat ini melatih lebih 2,500 peserta tempatan dan antarabangsa dari 52 negara.
![Taekwondo, keazaman bawa Yahya dari kem pelarian ke Sukan Olimpik Paris Taekwondo, keazaman bawa Yahya dari kem pelarian ke Sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722212465_YahyaAlGhotany.jpg)
Taekwondo, keazaman bawa Yahya dari kem pelarian ke Sukan Olimpik Paris
Atlet itu kini berusia 20 tahun dan telah meningkat daripada tali pinggang putih ke tali pinggang hitam "dan" ketiga.
![Olimpik Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah cetus inspirasi kontinjen Malaysia Olimpik Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah cetus inspirasi kontinjen Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722200385_PearlyTanMThinaa.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah cetus inspirasi kontinjen Malaysia
Mereka mempamerkan aksi penuh bertenaga dan agresif, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencipta kejutan 18-21, 21-15, 21-16.
Olimpik Paris 2024: Keselamatan kontinjen Malaysia sentiasa diutamakan - Hamidin
Ketua kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin memberi jaminan keselamatan setiap anggota kontinjen negara diutamakan sepanjang cabaran memburu emas di Perancis.
Keselamatan digital: Kerajaan bentang perundangan baharu Oktober ini
Satu perundangan baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan digital merangkumi peruntukan berhubung tatacara dan penguatkuasaan suis pemati (kill switch) secara terperinci dan jelas, akan dibentangkan di Parlimen, Oktober ini.
Pelajar Malaysia di Dhaka boleh pulang, sambung pengajian
Pelajar Malaysia yang telah dibawa pulang dari Bangladesh akan diberi pilihan sama ada mahu menyambung pengajian mereka di dalam negara atau kembali ke negara itu sekiranya keadaan kembali aman.
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pihaknya telah mengarahkan supaya satu perbincangan lebih lanjut dilaksanakan bersama pelajar-pelajar berkenaan dari segi hala tuju mereka selepas ini.
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pihaknya telah mengarahkan supaya satu perbincangan lebih lanjut dilaksanakan bersama pelajar-pelajar berkenaan dari segi hala tuju mereka selepas ini.
Bancian pertanian: Berjalan lancar, capai 20 peratus - DOSM
Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berjalan lancar dengan 20 peratus bancian selesai dilakukan setakat ini di seluruh negara sejak dimulakan 7 Julai lalu.
![Kempen pilihan raya Kamala Harris kumpul AS$200 juta dalam seminggu Kempen pilihan raya Kamala Harris kumpul AS$200 juta dalam seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721616412_KamalaHarris.jpg)
Kempen pilihan raya Kamala Harris kumpul AS$200 juta dalam seminggu
Sebanyak 66 peratus daripada sumbangan kempen adalah daripada penderma baharu.
Kekejaman zionis: Kongres A.S memalukan, duduk & dengar ucapan Netanyahu - Iran
Pemimpin tertinggi Iran berkata, adalah satu penghinaan besar bagi Kongres Amerika Syarikat untuk menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberikan ucapan di sana, Rabu lalu.
Senjata nuklear: Putin ancam mulakan pengeluaran nuklear jarak pertengahan
Presiden Russia, Vladimir Putin hari ini mengancam melancarkan semula pengeluaran senjata nuklear jarak sederhana jika Amerika Syarikat (AS) mengesahkan hasratnya untuk mengerahkan peluru berpandu ke Jerman atau tempat lain di Eropah.
Ekonomi: Britain 'bankrap & hancur', isytihar kerajaan baharu
Kerajaan Britain mengisytiharkan negara itu "bankrap dan hancur" menjelang penilaian kewangan awam, pada Isnin.
![Malaysia akan hantar 380 pegawai polis untuk misi pasukan pengaman PBB - Najib Malaysia akan hantar 380 pegawai polis untuk misi pasukan pengaman PBB - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81443406552_NajibNewYork.jpg)
Malaysia akan hantar 380 pegawai polis untuk misi pasukan pengaman PBB - Najib
Malaysia telah berjanji untuk menghantar 380 pegawai dan anggota polis untuk misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).