Malaysia akan mengguna pakai sistem penghadang keselamatan beroda yang akan dipasang pada besi penghadang di jalan-jalan yang dikenal pasti berbahaya kepada pengguna, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata dikenali sebagai 'roller system', produk itu dikeluarkan syarikat ETI dari Korea Selatan kini dipasang di beberapa jalan sekitar Subang menerusi projek rintis selama dua tahun sebelum diputuskan untuk dipasang sepenuhnya di Jalan Persekutuan atau lebuh raya di negara ini.
"Kerajaan sentiasa melihat apakah teknologi terkini yang dapat jamin keselamatan pengguna jalan raya. Ini merupakan antara yang digariskan dalam Program Transformasi Pembinaan Industri (CITP).
"Menerusi projek rintis ini, alat seperti roda dipasang di setiap bucu besi bagi menghalang (penghadang) besi menembus masuk ke dalam kereta," katanya selepas merasmikan Pameran dan Kongres Persekutuan Jalan Antarabangsa (IRF) Wilayah Asia kali kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Sistem itu mampu menyerap hentakan dan mendorong kereta dipandu lurus mengikut pusingan roda penghadang bagi mengelak berlakunya kemalangan maut.
Mengulas perkembangan Rangkaian Lebuhraya ASEAN (AHN), Fadillah berkata Malaysia sedang berunding dengan beberapa negara jiran bagi mengenal pasti jalan-jalan yang perlu dinaik taraf bertujuan menghubung laluan ke negara berkenaan.
"Sebagai rakan dalam ASEAN, kita sentiasa berinteraksi dengan negara terbabit. Untuk projek Pan Borneo, kita bincang dengan Kalimantan, Indonesia mengenai bagaimana untuk hubungkan kedua-dua negara.
Sekarang tengah berbincang dengan Brunei supaya mereka dapat tingkatkan kualiti jalan selain hubungan antara Malaysia, Indonesia dan Thailand," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya telah mengarahkan beberapa jurutera daerah bagi memantau keadaan jalan sama ada ianya selamat untuk digunakan berikutan fenomena air pasang besar.
"Mereka (jurutera daerah) akan pantau dan bantu apa sahaja yang perlu selain memberi amaran serta panduan kepada pengguna untuk guna laluan alternatif," katanya.
Beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung mula menerima kesan fenomena air pasang besar yang berlaku sejak awal pagi Sabtu yang mana dua pusat pemindahan banjir telah dibuka di Klang dan Sabak Bernam, Selangor sebagai langkah berjaga-jaga. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2016
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) mendengar penerangan Pengarah Projek Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Zakarian Shaffie (tiga, kiri) ketika melihat replika Lebuh Raya DUKE Fasa Dua. - Foto Bernama
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Sistem tender terbuka untuk projek kerajaan
Kerajaan akan menggunakan sistem tender terbuka dengan meluas dan telus bagi projek kerajaan terutama yang berskala besar agar setiap sen wang rakyat dapat dibelanja dengan baik, kata Menteri Kerja Ra
Malaysia akan guna pakai sistem penghadang keselamatan beroda dalam masa terdekat
Malaysia akan mengguna pakai sistem penghadang keselamatan beroda yang akan dipasang pada besi penghadang di jalan-jalan yang dikenal pasti berbahaya kepada pengguna.
CITP untuk transformasi sektor pembinaan menjelang 2020
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP), pelan lima tahun akhir industri pembinaan sebelum mencapai tahun 2020.