PUTRAJAYA: Malaysia akan membuat sumbangan tambahan sebanyak RM10 juta (US$2.1 juta) kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat.
Ini akan menjadikan sumbangan keseluruhan negara kepada agensi itu mencecah RM20 juta (US$4.21 juta).
Satu kenyataan daripada Wisma Putra pada Jumaat berkata Malaysia bersetuju untuk membuat sumbangan tambahan itu dengan keadaan di Gaza semakin meruncing dan cabaran dari segi kewangan yang dihadapi agensi itu.
Wisma Putra berkata Malaysia akan terus mengekalkan komitmennya untuk menyediakan bantuan keperluan asas dan sokongan kepada UNRWA yang kini menghadapi kekangan dari segi kewangan.
Menurut kenyataan itu, Malaysia dalam menzahirkan sokongan kepada UNRWA telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM10 juta (US$2.1 juta) kepada agensi itu menggunakan dana Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) pada 17 Nov 2023.
Ini merupakan sumbangan tambahan kepada US$200,000 setahun yang disalurkan Malaysia bagi tempoh lima tahun dari tahun 2021 hingga 2025 kepada UNRWA.
Menurut kenyataan itu setakat ini 12 negara penyumbang utama telah menggantung pembiayaan sukarela kepada UNWRA susulan dakwaan terhadap penglibatan 12 kakitangannya terlibat dengan serangan pada 7 Oktober 2023, menyebabkan agensi itu kekurangan dana.
Wisma Putra berkata Malaysia mengalu-alukan pengumuman yang dibuat empat negara, iaitu Australia, Iceland, Kanada dan Sweden mengenai penyambungan semula pembiayaan kewangan kepada UNRWA.
Malaysia akan terus menyokong UNRWA dalam usahanya untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024

Wisma Putra berkata Malaysia mengalu-alukan pengumuman yang dibuat empat negara, iaitu Australia, Iceland, Kanada dan Sweden mengenai penyambungan semula pembiayaan kewangan kepada UNRWA. - Gambar fail/Bernama
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.

CENTHRA kutuk kegagalan Sidang Konvensyen Geneva Keempat, anggap satu pengkhianatan
"Keadilan tidak boleh sekadar menjadi retorik kosong. Dunia akan mengingati siapa yang berdiam diri dalam menghadapi kezaliman ini."

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Gabungan NGO anjur Himpunan Hari Al-Quds, serah nota bantahan ke Kedutaan AS
Perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

Presiden Abbas tiba di Kaherah untuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada Isnin malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Israel tidak mahu gencatan senjata, takut hilang kelebihan dalam rundingan dengan Hamas - Penganalisis
Israel dilihat tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memastikan keamanan yang kekal di Palestin.

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.