Malaysia Airlines, yang berjaya meningkatkan faktor muatan penumpang tahun ke tahun sebanyak 16.9 peratus pada suku kedua 2017 berbanding suku sama pada 2016 dalam keadaan persaingan yang semakin meningkat, masih berada di landasan untuk mencatat keuntungan pada 2018.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Malaysia Airlines berkata kumpulan itu akan terus berhati-hati dalam mengawal kapasiti dan telah mengurangkan kekerapan laluan domestik.
Faktor muatan penumpang kekal kukuh pada suku kedua 2017 dengan syarikat penerbangan itu mengekalkan disiplin tambang walaupun penurunan yang ketara dalam tambang pesaing, katanya.
Syarikat penerbangan itu berkata pemulihan dalam perniagaan antarabangsa berterusan pada suku kedua 2017 dengan faktor muatan sebanyak 78.8 peratus berbanding 67.4 peratus pada suku kedua 2016.
Faktor muatan perniagaan domestik merosot disebabkan lebihan kapasiti, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Peter Bellew, berkata syarikat penerbangan itu akan terus fokus kepada China, yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar.
"Laluan baharu syarikat penerbangan itu, Fuzhou, Nanjing and Wuhan, yang dilancarkan pada Jun, telah menunjukkan angka yang menggalakkan bagi tempoh awal masing-masing," katanya.
Mengenai masa depan, Bellew berkata syarikat penerbangan itu akan terus menumpukan kepada penambahbaikan perkhidmatan dengan penetapan harga yang lebih baik.
"Kami telah melihat kemajuan ini melalui peningkatan sebanyak 2.6 peratus bagi tambang purata domestik," katanya.
Malaysia Airlines berkata kumpulan itu mengekalkan unjuran berhati-hatinya bagi tahun fiskal 2017.
Katanya perang harga yang agresif di pasaran domestik dijangka berterusan dengan ringgit lemah dan harga minyak yang tinggi menambah kepada persekitaran kos yang sedia mencabar.
"Tempahan awal jauh lebih kukuh pada 2017 berbanding 2016, bagaimanapun, syarikat penerbangan itu melihat tekanan hasil di semua laluan susulan tambang rendah boleh didapati daripada kebanyakan syarikat penerbangan legasi dan syarikat penerbangan tambang rendah tradisional," katanya.
Syarikat penerbangan itu berkata ia meneroka pelbagai pilihan pesawat kerangka besar, untuk penyerahan yang dijangka pada 2018 dan 2019, untuk memenuhi pertumbuhan pesat jualan antarabangsa yang memerlukan tambahan pesawat kerangka besar.
"Perbincangan diteruskan dengan beberapa pemberi pajak, syarikat penerbangan lain dan pengeluar pesawat untuk mendapatkan pesawat yang berkualiti dan sistem hiburan dalam penerbangan yang berkualiti tinggi.
"Syarikat penerbangan itu berharap untuk menerima enam pesawat Airbus 350 baharu yang dipajak daripada Air Lease Corp, dengan pesawat A350 pertama dijadual tiba pada akhir 2017," katanya.
Pesawat A350 akan digunakan dalam perkhidmatan Malaysia Airlines ke London Heathrow mulai suku pertama 2018 dan dijangka menghasilkan kos operasi yang lebih cekap di laluan itu, katanya.
Syarikat penerbangan itu berkata ia sedang menilai penggunaan pesawat A380 seawal suku keempat 2018 bagi perkhidmatan untuk haji dan umrah di Arab Saudi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2017
Malaysia Airlines berkata kumpulan itu akan terus berhati-hati dalam mengawal kapasiti dan telah mengurangkan kekerapan laluan domestik. -Gambar fail
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
AirAsia X tiada rancangan beli AirBus A350 - Tony Fernandes
Dalam 'live chat' dari London yang dipaparkan di Facebook, beliau berkata pesawat Airbus A350 terlalu mahal dan harga tambang akan meningkat.
Airbus publish promising 20-year forecast figures
Airbus further consolidated its market lead in Asia Pacific in 2017, delivering 367 new aircraft to 50 operators across the region.