Penyebaran maklumat secara berleluasa di media sosial, tanpa diselidik kebenaran dan kesahihannya berpunca daripada budaya malas berfikir sebahagian besar rakyat Malaysia.
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad melihat perkara ini menjadikan rakyat Malaysia mangsa kepada ancaman keganasan persepsi, baik dari luar mahupun dalam negara.
Menurutnya, penyebaran maklumat tanpa usul periksa akan membawa kepada terbentuknya kepelbagaian persepsi yang didorong emosi, seterusnya berupaya mencetuskan pergeseran dan perbalahan sesama masyarakat.
"Semuanya berlaku kerana kita tidak ada jati diri yang kukuh sebagai insan beragama dan berbangsa.
"Apabila tidak ada pegangan yang jitu, apa sahaja yang datang kita akan terima dan hadam begitu sahaja tanpa berfikir," jelasnya dalam forum Bicara Persada ke-29 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, pada Rabu.
Bertajuk 'Keganasan Persepsi: Cabaran Terhadap Perpaduan Ummah', forum tersebut membincangkan bagaimana persepsi yang terbentuk akibat penyebaran maklumat di media sosial secara meliar boleh menjejaskan keutuhan institusi kenegaraan.
Gunakan akal
Katanya, Islam mengajarkan umatnya untuk tidak menggunakan amarah (emosi) sebagai sandaran untuk melaksanakan sebarang tindakan, dan sentiasa tenang serta menggunakan akal yang dikurnia tuhan.
Tetapi malangnya, perkara sebaliknya berlaku walaupun kita mengaku sebagai seorang yang berpegang teguh pada tiang agama dengan menjalankan setiap syariatnya.
"Walaupun kita dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi kita sering menjadi sasaran kepada keganasan persepsi kerana kita lemah dari segi iman.
"Ya, kita beribadat, sembahyang lima waktu tak tinggal, tetapi itu tidak bermakna kita telah membina iman yang kuat," katanya.
Beliau melihat rata-rata rakyat Malaysia ketika ini, memiliki pelajaran sehingga ada yang berjaya di menara gading dengan memperoleh gelaran doktor falsafah, profesor dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, 'kepandaian' itu gagal diterjemah apabila ada yang terperangkap dalam kelompok pemikiran 'kurang pandai' ini akibat terlalu mengikut emosi.
Beliau berpendapat, tabiat menyebar maklumat tanpa usul periksa, lebih-lebih lagi berkaitan isu yang sedang hangat diperkatakan berlaku kerana wujud kecenderungan untuk menjadi sebahagian daripada sensasi yang tercetus.
Justeru beliau menyeru seluruh anggota masyarakat untuk cermin diri, perbaiki kelemahan yang ada berbanding menuding jari dan menyalahkan pihak lain yang dikatakan punca kepada sesuatu keburukan.
"Untuk menjadi kuat, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu perlu rajin berfikir dan jadikan ini sebagai budaya.
"Berfikir sebelum bertindak, bukan bertindak dahulu baru berfikir," tegasnya.
Selain Dr Hasan, turut bersama barisan panel adalah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Dr Khairuddin Aman Razali, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UKM, Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal dan Presiden Majlis Pemimpin Pelajar UKM, Farhan Khairudin.
Israr Khalid
Wed Mar 23 2016
Dr Hasan (gambar) melihat perkara ini menjadikan rakyat Malaysia mangsa kepada ancaman keganasan persepsi, baik dari luar mahupun dalam negara.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Malas berfikir punca mudah terpengaruh, sebar maklumat buruk - Dr Hasan Mad
Perkara ini menjadikan rakyat Malaysia mangsa kepada ancaman keganasan persepsi, baik dari luar mahupun dalam negara.