Polis membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis syabu selepas menahan lima individu termasuk tiga sekeluarga dalam dua serbuan berasingan di daerah ini, pada 2 November lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata makmal berkenaan beroperasi di sebuah rumah mewah tiga tingkat yang disewa khas bagi tujuan tersebut di Bandar Botanic, di sini.
"Tiga sekeluarga, ayah, anak lelaki dan isteri kepada anaknya ditahan bersama seorang lagi suspek di sebuah kedai makan di Pandamaran, antara 1 petang dan 4.30 petang.
"Seorang lagi suspek lelaki ditahan dalam serbuan serentak di sebuah rumah di Taman Sejati. Rumah yang dijadikan makmal memproses dadah berkenaan diserbu susulan tangkapan kesemua suspek terbabit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata sebuah bilik di tingkat bawah rumah itu diubahsuai untuk dijadikan makmal memproses dadah dan antara barangan dirampas dari rumah berkenaan adalah alatan makmal serta bahan kimia berupa serbuk dan cecair dipercayai untuk memproses syabu.
Turut dirampas, katanya cecair "Meth Oil" seberat 3.85 kilogram (kg) yang mampu menghasilkan syabu seberat 1.5kg dengan nilai pasaran dianggarkan RM110,000.
Selain itu, beliau berkata polis turut merampas empat kereta, wang tunai berjumlah RM1,600 dan empat bentuk cincin milik suspek yang dianggarkan bernilai RM450,000.
"Kesemua suspek berusia antara 18 dan 53 tahun kini direman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2017

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata makmal berkenaan beroperasi di sebuah rumah mewah tiga tingkat yang disewa khas bagi tujuan tersebut di Bandar Botanic, di sini - Gambar BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Makmal mini proses dadah dibongkar, tiga sekeluarga antara diberkas
Polis membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis syabu selepas menahan lima individu termasuk tiga sekeluarga dalam dua serbuan berasingan.