Kementerian Kesihatan telah menyerahkan laporan penuh bedah siasat pelajar tahfiz madrasah Al-Jauhar Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi kepada pihak polis pada minggu lepas dan terserah kepada polis untuk memaklumkan punca kematian pelajar itu kepada keluarganya.
Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata ini memandangkan kes berkenaan masih di bawah siasatan polis.
"Ini bukan kes biasa. Ini adalah kes polis. Semua butiran siasatan akan menjadi bukti kepada siasatan polis. Jadi, kita telah memaklumkan kepada polis dan terpulang kepada polis untuk mengeluarkan kenyataan.
"Kalau kes biasa, Kementerian Kesihatan akan memaklumkan punca kematian kepada keluarga. Dalam kes ini, polis boleh memberikan maklumat laporan bedah siasat sekiranya ia tidak akan mengancam siasatan dan pendakwaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan di sini hari ini.
Dr Subramaniam berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ibu bapa Mohamad Thaqif yang mendakwa mereka tidak diberitahu oleh pihak Kementerian Kesihatan mengenai punca kematian anak mereka dan hanya mengetahuinya menerusi seorang wartawan.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap Mohamad Thaqif Amin, 11, yang meninggal dunia pada 26 April lalu , mendapati kematian pelajar itu berpunca daripada jangkitan kencing tikus.
Beliau dilaporkan berkata penyebab kematiannya dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit, seterusnya melibatkan kegagalan organ untuk berfungsi.
Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru selepas seminggu dimasukkan ke hospital iaitu pada 19 April lalu untuk dirawat selepas kaki-nya cedera dipercayai dipukul oleh pembantu warden di sekolah tahfiz tempatnya belajar.
Ditanya mengenai keluarga mangsa mungkin mengambil tindakan mahkamah kerana tidak diberitahu punca kematian, Dr Subramaniam berkata: "Itu adalah hak mereka. Mereka boleh mengambil tindakan undang-undang. Tetapi, laporan bedah siasat dibuat berasaskan sains dan mengikut sistem undang-undang yang diperuntukkan kepada kita.
"Ada kalanya pihak polis tidak mendedahkan laporan kerana maklumat penting akan dijadikan bukti dalam mahkamah. Bagaimanapun, mereka boleh datang dan berbincang dengan kementerian, dan kita sedia memberikan keterangan kepada mereka," katanya.
Mengenai kes rabies atau penyakit anjing gila, Dr Subramaniam berkata pihaknya masih menunggu keputusan ujian melibatkan seorang lagi pesakit iaitu mangsa keempat yang disyaki menghidapi virus rabies di Serian, Sarawak baru-baru ini.
"Penyakit rabies ini bukan gigitan baharu, tetapi digigit oleh anjing gila tiga bulan lalu. tetapi simptom itu datang sekarang kerana proses inkubasi adalah lama untuk rabies. Itu mungkin cohort yang sama," katanya.
Pada 4 Julai lalu dua beradik, Jackson Mazlan, 4, dan kakak-nya, Monica, 6, yang berasal dari Kampung Paon, Sungai Rumi, Serian meninggal dunia pukul 1.43 dan 1.46 tengah hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas ibu bapa mereka membenarkan doktor mencabut sistem sokongan hayat memandangkan hasil diagnosis mengesahkan mereka mati otak.
Kanak-kanak pe-rempuan berusia tujuh tahun yang merupakan mangsa ketiga jangkitan itu sehingga kini masih kritikal dan mendapat rawatan di ICU HUS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2017
Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata ini memandangkan kes berkenaan masih di bawah siasatan polis.
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam bagasi
Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada jam 9 pagi, Rabu.
Mayat reput ditemukan di Jalan Rawang Bypass disahkan lelaki tempatan
Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Mayat dalam peti sejuk: Punca kematian akibat kecederaan di dada - Polis
Mangsa dipercayai dibunuh suspek pada Mac 2021.
Warga emas maut ketika tukar tayar kereta di LKSA
Tindakan seorang lelaki warga emas menghentikan keretanya di bahu jalan di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) untuk mengambil tayar ganti di but, berakhir dengan tragedi.
Mayat ibu dalam peti sejuk: Suspek belum sihat, polis akan sambung reman
Polis akan menyambung reman seorang lelaki berhubung siasatan penemuan mayat wanita dalam sebuah peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, pada minggu lepas.
Tragedi 'water rafting': Mangsa petugas JKR SPT dan Langkawi - Polis
Tiga mangsa yang lemas ketika melakukan aktiviti water rafting di Sungai Jahang, Gopeng di sini petang tadi merupakan petugas Jabatan JKR SPT, Pulau Pinang dan JKR Langkawi, Kedah.
Mayat ibu dalam peti sejuk: Tubuh masih beku, bedah siasat belum dijalankan - Polis
ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, proses berkenaan belum dapat dilakukan buat masa sekarang kerana mayat mangsa dalam keadaan beku.