KUALA LUMPUR: Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada "Makkah Route Initiative" yang kini memasuki tahun keenam, yang menyelaraskan pengalaman perjalanan mereka dengan memastikan perkhidmatan pengurusan dan penandaan bagasi yang lancar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perkhidmatan itu menghapuskan keperluan menunggu untuk menuntut bagasi di Arab Saudi, membolehkan pemindahan terus bagasi ke penginapan di Mekah dan Madinah, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Proses penandaan bagasi, yang diselia oleh Kementerian Haji dan Umrah, bermula di KLIA.
Pasukan khusus akan mengurus dan melabelkan bagasi dengan butiran penerbangan, maklumat peribadi dan butiran penginapan.
Jemaah juga menerima kad yang bersesuaian dan label pasport untuk memudahkan pengenalan. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah, jemaah dipindahkan ke bas khusus, manakala bagasi mereka dihantar secara berasingan oleh badan-badan yang bekerjasama, memastikan setiap bagasi jemaah sampai ke tempat penginapan dengan cekap.
Dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama rakan kerajaan, Makkah Route adalah sebahagian daripada Program Pengalaman Jemaah di bawah Wawasan Saudi 2030.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan perjalanan haji dan telah diterima baik oleh jemaah Malaysia, mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan Arab Saudi.
Sejak perintisnya pada 2017, Makkah Route telah mempermudah perjalanan ribuan jemaah Malaysia, dengan 11,000 telah tiba di Tanah Suci tahun ini.
Musim Haji tahun ini, bermula dari 9 Mei hingga 9 Jun, merangkumi 100 penerbangan sewa khas oleh Malaysia Airlines dan Saudia Airlines, yang menunjukkan kecekapan logistik dan dedikasi untuk kesejahteraan jemaah Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
![“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia “Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716504761_MaakahRoute.jpg)
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji. - Gambar Bernama
![Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720151018_tbdituduhrogolanak.jpg)
Warga Bangladesh dituduh rogol anak tiri 12 tahun
Tertuduh yang berusia 45 tahun dan sudah 29 tahun tinggal di Malaysia dituduh merogol anak tirinya di sebuah rumah di Ipoh pada 23 Jun lalu.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.09 peratus atau 1.56 mata kepada 1,615.19 daripada 1,616.75 pada Khamis.
![Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720150636_tbcerminkereta.jpg)
Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis berhubung kejadian.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7065/7100 berbanding dolar AS daripada 4.7080/7100 pada Khamis.
Niaga SPOTLIGHT: Managing healthcare shortages and costs
The Ministry of Health (MOH) received RM41.22 billion under Budget 2024, up from RM36.3 billion the previous year. Personal healthcare expenditures in Malaysia are projected to double to RM13.2 billion by 2028.
However, the national health service faces a severe shortage of medical staff and patient overcrowding, boosting the popularity of private clinics for their convenience and affordability. By 2022, there were over 9,800 registered private health clinics.
Dr. Azizan Abdul Aziz, President of the Malaysian Medical Association (MMA), discusses solutions for public healthcare talent shortages and strategies to maintain affordable private primary care.
However, the national health service faces a severe shortage of medical staff and patient overcrowding, boosting the popularity of private clinics for their convenience and affordability. By 2022, there were over 9,800 registered private health clinics.
Dr. Azizan Abdul Aziz, President of the Malaysian Medical Association (MMA), discusses solutions for public healthcare talent shortages and strategies to maintain affordable private primary care.
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Sungai Bakap esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
!['Pindaan RUU APD 1983 tak beri kuasa penuh kepada pegawai pemulihan AADK' 'Pindaan RUU APD 1983 tak beri kuasa penuh kepada pegawai pemulihan AADK'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720148999_tbZulkifliAbdullah.jpg)
'Pindaan RUU APD 1983 tak beri kuasa penuh kepada pegawai pemulihan AADK'
Kuasa itu hanya bagi kes-kes rawatan dan pemulihan sukarela yang bertujuan mempercepatkan proses merawat pulih mereka yang terlibat dengan penagihan.
![PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720148608_SumbanganBantuan.jpg)
PM sampai sumbangan kepada bekas jurutera elektrik hilang punca pendapatan
Perdana Menteri sampai sumbangan kepada Tan Men Heang yang hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupannya bersama isteri.
![Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107000_LojiRawatanKumbaha.jpg)
Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN
Status terkini itu hasil langkah segera diambil bersama IWK bagi menangani isu kelewatan serta menyegerakan kemajuan kerja.
![UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720147695_UMPUMPSA.jpg)
UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar
HCI adalah produk digital yang menggabungkan storan, pengkomputeran, rangkaian dan pengurusan di bawah satu bumbung.
![“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia “Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716504761_MaakahRoute.jpg)
“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada "Makkah Route Initiative" yang kini memasuki tahun keenam.