BALING: Seorang wanita warga emas yang dihanyutkan air dalam kejadian banjir yang melanda beberapa kampung di sini petang semalam, sempat berpaut pada sebatang pokok pinang sebelum diselamatkan.
Mangsa, Hasnah Ismail, 58, berkata sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.
"Bila nampak pokok rambutan macam nak tumbang, mak cik dan pak cik cuba berpaut pada kayu balak hanyut, tapi tangan pak cik terlepas dan dihanyutkan arus banjir.
"Mujurlah dia sempat mencapai ranting buluh, mak cik pula hanyut bersama kayu balak sebelum berpaut pada pokok pinang...lebih kurang sejam juga kami kesejukan di dalam air menunggu sehingga pasukan penyelamat datang menyelamatkan kami kira-kira pukul 8 malam tadi," katanya ketika ditemui Bernama di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai dekat sini, malam tadi.
Menurutnya, dia cuba menjerit meminta pertolongan namun tiada siapa yang mendengar dan hanya mampu menunggu diselamatkan, malah suaminya, Che Nai Isa, 59, juga hanya berpaut pada ranting buluh.
"Mak cik hanya ingat mati masa itu, tak nampak siapa yang boleh tolong...namun rasa bersyukur bila nampak bot penyelamat datang dan selamatkan kami berdua.
"Sambil menahan sejuk di dalam air banjir, belakang mak cik beberapa kali berlanggar dengan kayu balak hanyut, mujur kami berdua tak cedera," katanya.
Hasnah berkata dia yang sudah tinggal di Kampung Padang Empal sejak kecil, sering menyaksikan kejadian banjir di situ namun banjir yang berlaku kali ini adalah yang terburuk.
"Selalu kalau air naik, sampai buku lali atau betis, ini kali pertama naik sampai ke bumbung rumah, tak tau apa nasib 30 ekor kambing di dalam kandang, barang dalam rumah semua tak sempat diselamatkan termasuklah dua motosikal.
"Duit tunai kira-kira RM2,000 hasil jualan kambing baru-baru ini pun dihanyutkan air banjir," katanya.
Tambahnya, mujurlah anaknya, Nor Alia, 20, seorang kurang upaya sejak lahir telah diselamatkan oleh seorang saudara lelakinya lebih awal.
"Dia gendong anak saya walaupun masa itu air sudah naik ke paras leher...alhamdulillah dua-dua selamat," katanya.
Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir, Siti Mariam Abdul Isa, 70, berkata suaminya yang lumpuh separuh badan sejak sembilan tahun lepas sudah terendam dalam air banjir sewaktu dia bersama anak dan cucu lelakinya sedang sibuk memindahkan barang ke tempat lebih tinggi.
"Kami terlupa yang pak cik tidur di atas tilam di lantai...bila sedar sahaja terus kami bertiga angkat dan bawa dia ke tingkat atas rumah, dia menggigil juga sebab sejuk terendam dalam air banjir.
"Sebelum air naik, mak cik suapkan nasi untuk pak cik, tak sangka air naik cepat sangat, anak dan cucu masa tu sedang angkat motosikal yang baru dibeli sebulan lepas ke tingkat atas rumah. Tapi dengan motosikal itu sekali tenggelam dalam banjir," katanya.
Seorang lagi mangsa, Siti Hajar Said, 32, berkata dia tidak sempat menyelamatkan sebarang harta bendanya, termasuk kucing dan arnab kesayangan anak-anaknya juga gagal dijumpai dalam kejadian itu.
"Hujan turun pada 4 petang, dalam pukul 5 petang air mula naik, tak sampai setengah jam air sudah naik sampai bumbung rumah.
"Kesemua enam buah rumah yang terletak dekat dengan sungai, semuanya tenggelam. Kali terakhir banjir di sini, sebelum raya puasa lepas, tapi tidak seteruk banjir kali ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022
Keadaan banjir yang melanda beberapa kampung di Baling pada Isnin. - Foto APM
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
Mangsa banjir di lima negeri menurun
Negeri-negeri yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini
Menurut info banjir JKM, antara negeri terjejas adalah Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Selangor.
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.