Operasi Perlindungan Sempadan hari ke empat menyaksikan korban awam di kalangan wanita dan kanak-kanak semakin meningkat berbanding pejuang Islam di Gaza.

Demikian menurut Pegawai Perhubungan Luar Universiti Islam Gaza, Dr Wesam Ahmed ketika dihubungi Astro AWANI.

Menurut Dr Wesam lagi serangan bertubi-tubi dari Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 100 orang awam terbunuh dan 70 peratus daripadanya adalah terdiri daripada perempuan dan kanak-kanak.

Dr Wesam memberitahu lagi, memandangkan pada masa sekarang pintu masuk di Arafah sudah dibedil, bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza akan dibuka hanya sekali sehari untuk mereka mendapat bekalan perubatan dan makanan.

Ikuti temubual penuh bersama Dr Wesam.