KOTA KINABALU: Majoriti golongan miskin tegar berdaftar dalam sistem eKasih di Sabah melebihi kumpulan umur produktif iaitu lebih 64 tahun sekali gus memberikan cabaran untuk membawa mereka keluar daripada situasi itu, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata berdasarkan data Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, sehingga 31 Okt lepas sebanyak 18,853 orang miskin tegar di Sabah telah berdaftar dalam sistem eKasih.
"Angka ini menunjukkan sebanyak 16.5 peratus daripada jumlah keseluruhan Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih," katanya menjawab soalan lisan Datuk Hassan A Gani Pg. Amir (GRS-Sebatik) yang bertanya cabaran mencapai sasaran menghapuskan miskin tegar menjelang tahun ini.
Jahid berkata selain itu cabaran dihadapi termasuk jumlah miskin tegar yang ramai dalam eKasih itu dan lokasi tempat tinggal di kawasan pedalaman menyukarkan golongan itu mengikuti program meningkatkan pendapatan dilaksanakan kerajaan.
"Mentaliti miskin tegar itu sendiri menjadi cabaran antaranya mereka enggan berhijrah dari tempat asal mereka, malah terdapat miskin tegar yang enggan bekerjasama untuk melaksanakan program dianjurkan. Selain itu ada mereka yang tidak mempunyai kemahiran tertentu untuk memajukan diri," katanya.
Bagaimanapun, Jahid menegaskan semua cabaran itu tidak akan sama sekali mematahkan semangat kerajaan negeri untuk terus berusaha menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini dengan pelbagai program yang telah dirancang.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk James Ratib berkata penghasilkan ayam pedaging yang lebih banyak di Semenanjung Malaysia berbanding Sabah mewujudkan perbezaan harga antara dua kawasan tersebut.
Katanya semasa pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum bagi Ayam dan Telur Ayam (PHMAT), harga ayam standard di Semenanjung Malaysia adalah RM9.40 dan di Sabah RM11, manakala ayam super di Semenanjung Malaysia adalah RM10.40 manakala di Sabah RM12.
"Kos bahan mentah bagi makanan ayam di Sabah lebih tinggi iaitu 20 peratus berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Kos bahan mentah ini menyumbang 70 peratus kepada kos pengeluaran ayam pedaging ataupun telur ayam.
"Kos logistik juga tinggi kerana kawasan yang luas, keadaan muka bumi dan jalan perhubungan juga masih kurang baik berbanding dengan Semenanjung Malaysia," katanya menjawab soalan lisan Mohd Tamin Zainal (BN-Pantai Manis) yang bertanya situasi harga ayam berbeza antara dua kawasan tersebut.
James berkata kos pengangkutan kapal laut juga lebih tinggi di Sabah berbanding Semenanjung Malaysia kerana proses pertukaran kapal di Pelabuhan Klang terpaksa dilakukan susulan pengusaha ayam tempatan Sabah tidak dapat mengimport bahan mentah dalam kuantiti yang besar.
"Ini menyebabkan berlaku peningkatan kos (bagi penternak Sabah) yang dianggarkan antara 15 hingga 20 peratus (berbanding Semenanjung Malaysia)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Jahid berkata berdasarkan data Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, sehingga 31 Okt lepas sebanyak 18,853 orang miskin tegar di Sabah telah berdaftar dalam sistem eKasih. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih esok - MOF
Kadar bantuan ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.

Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.

RMK13 laksana intervensi terus hapuskan miskin tegar di 10 daerah - Rafizi
Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan melaksanakan langkah intervensi terus miskin tegar di 10 daerah yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi di negara ini dengan lapan daripadanya a

Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.

Salur maklumat rakyat miskin, miskin tegar kepada kerajaan Sabah - Hajiji
Satu sesi libat urus Sekretariat SMJ bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti bukan kerajaan akan dilaksanakan pada 28 Nov ini.

Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.

Pendekatan noktah kemiskinan tegar tanpa diskriminasi - PM Anwar
Walaupun majoriti penduduk miskin merupakan masyarakat Melayu dan Bumiputera, namun semua kaum, termasuk Cina dan India yang terkesan, akan mendapat bantuan.

Johor peruntuk RM54.7 juta bina, baik pulih rumah miskin tegar
Kerajaan Johor memperuntukkan RM54.7 juta bagi membina dan membaik pulih rumah untuk golongan miskin tegar dan kurang berkemampuan.

Miskin tegar di Sabah menurun kepada 5,379 keluarga setakat 30 Jun - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah mencatatkan penurunan kepada hanya 5,379 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun lepas.