Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew, mahu Majlis Tindakan Pelancongan di 26 daerah di negeri ini diaktifkan pada tahun depan.
Katanya, sebahagian besar daerah di Sabah mempunyai Majlis Tindakan Pelancongan yang ditubuhkan dengan bantuan dan sokongan Lembaga Pelancongan Sabah.
Beliau berkata setiap majlis tindakan itu bertanggungjawab mengenal pasti dan membangunkan produk masing-masing untuk manfaat daerah dan masyarakat mereka.
"Pada tahun baharu akan datang, lebih banyak pelancong dijangka datang ke sini melalui penerbangan biasa serta penerbangan disewa khas, dan kita boleh bayangkan pendapatan juga akan meningkat. Ini salah satu cara kita dapat meningkatkan ekonomi di daerah-daerah.
"Kita juga mahu keseimbangan pelancongan di Sabah, bukan hanya memberi tumpuan di Kota Kinabalu, Gunung Kinabalu dan pulau tetapi di seluruh daerah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jerayawara Pelancongan Berasaskan Komuniti di sini, Khamis.
Liew berkata Pelancongan Berasaskan Komuniti mempunyai peluang cerah kerana ia dapat meningkatkan kesemua daerah dan bandar menjadi entiti perniagaan yang boleh menyumbang kepada ekonomi negeri ini.
Beliau berkata kerajaan negeri menerusi kementeriannya boleh menyediakan infrastruktur diperlukan kepada semua daerah bagi memastikan pengalaman melancong ke negeri ini lebih selesa dan menarik.
"Setelah Majlis Pelancongan Daerah mengenal pasti produk, jika mereka mahu melakukan promosi terhadap produk pelancongan masing-masing, mereka boleh terus berhubung dengan kami (kementerian). Pegawai kami akan bekerjasama dengan mereka," kata Liew.
Jerayawara Pelancongan Berasaskan Komuniti yang berlangsung selama dua hari bermula semalam, disertai 16 peserta berbanding hanya empat peserta tahun lepas.
Terdahulu dalam ucapannya, Liew berkata sehingga September tahun ini, sektor pelancongan menjana pendapatan dianggarkan berjumlah RM6.2 bilion atau tujuh peratus kepada ekonomi Sabah.
Liew berkata ketibaan pelancong di negeri ini dalam tempoh sama pula direkodkan sebanyak 2.865 juta orang. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 29 2018
sebahagian besar daerah di Sabah mempunyai Majlis Tindakan Pelancongan yang ditubuhkan dengan bantuan dan sokongan Lembaga Pelancongan Sabah. - Gambar fail
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku terima permohonan mulai esok
Kabinet Negeri Sabah meluluskan program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) dan bersedia menerima permohonan daripada peserta mulai esok, 1 Julai.
Lesen buru buaya di Sabah dibuka sepanjang tahun
Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.
Pelancong Korea 'serbu' Sabah, lapangan terbang sesak
Situasi berlaku susulan lima syarikat penerbangan dari Korea Selatan mendarat di KKIA pada jarak masa yang dekat.
Pendaki meninggal dunia akibat AMS, isteri stabil
Mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi selepas dibawa turun ketika mendaki gunung bersama isterinya yang turut mengalami AMS.
Sabah sasar kunjungan 2.2 juta pelancong tahun ini
Dalam mencapai sasaran itu, kerajaan negeri Sabah menggunakan kenderaan e-hailing bagi mempromosikan pelancongan Sabah.
Langkah pinda Perlembagaan rakyat lahir di luar negara disifatkan kejayaan hak sama rata
Langkah meminda Perlembagaan Persekutuan supaya kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia boleh mendapat kerakyatan secara automatik adalah kejayaan hak sama rata.
Kerjasama pembangkang dan GRS demi penuhi tuntutan rakyat - PH Sabah
Kesediaan Pakatan Harapan (PH) Sabah bekerjasama dengan kerajaan negeri bukan Memorandum Persefahaman (MoU) seperti yang dicanang pihak tertentu.
PH Sabah sedia jalin kerjasama bipartisan dengan GRS
Pakatan Harapan Sabah bersedia untuk kerjasama bipartisan bersama kerajaan negeri, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) namun ingin merangka garis panduan yang jelas mengenai hubungan kerja mereka.
PKPD Tawau: Percepat bantuan, dengar denyut nadi rakyat
Keadilan harus diberikan kepada sekumpulan aktivis yang ditahan reman kerana melakukan tunjuk perasaan di Kampung Muhibbah Raya, Tawau kelmarin.
PRN Sabah: Dua muka baharu antara tujuh calon wanita yang menang
Rina Jainal (Warisan) dan Flovia Ng (Perikatan Nasional-STAR) antara wajah baharu yang mendapat mandat dalam PRN Sabah ke-16.