ALOR SETAR: Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI yang diadakan di Hotel Raia, di sini hari ini berjaya mencapai sasaran lebih 25,000 pengunjung, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata hidangan makanan di 60 gerai yang disediakan juga hampir habis walaupun majlis belum berakhir lagi.
"Saya sempat buat tiga pusingan untuk melihat sendiri majlis, saya yakin sasaran 25,000 kehadiran pengunjung berjaya dicapai dalam tempoh empat jam dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir hari ini.
"Majlis rumah terbuka di Kedah ini merupakan program utama Perdana Menteri walaupun ia akan diadakan di lima lagi negeri yang lain dan ingin saya nyatakan bahawa tidak berlaku pembaziran kerana semua makanan seperti mi goreng, sate dan lemang habis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikan ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di sini, hari ini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan menteri kabinet yang lain.
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut berkenan berangkat ke majlis itu.
Sementara itu Saifuddin berkata kehadiran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengiringi keberangkatan Sultan Sallehuddin turut dapat menguatkan semangat ukhwah dan muhibah walaupun berlainan fahaman politik.
"Ini menunjukkan kematangan orang politik untuk mengenepikan sebarang sentimen dan perbedaan dari segi politik.. pemimpin-pemimpin politik yang berbeda haluan ini boleh berada di platform yang sama seumpama merayakan Aidilfitri ini," katanya.
Sementara itu Saifuddin Nasution berkata jumlah peruntukan untuk Kedah yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan membuktikan bahawa kerajaan Pusat tidak memandang sepi terhadap kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang.
"Kerajaan Persekutuan telah umum, peruntukan dalam projek baharu atau projek yang bersambung (untuk Kedah), nilainya adalah berjumlah RM1.6 bilion.. ini bukan projek dalam perancangan tetapi ini adalah bajet yang telah diluluskan meliputi 442 projek Persekutuan di negeri (ini).
"Ia terdiri daripada 136 projek baharu manakala 306 adalah projek sambungan.. jadi sekali lagi Perdana Menteri betul-betul menterjemahkan prinsip ini kepada masyarakat dan ia tidak langsung membedakan negeri yang tidak diterajui Kerajaan Perpaduan, tetap menerima peruntukan yang besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) beramah mesra dengan orang ramai pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Hotel Raia, hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Kedah capai sasaran 25,000 pengunjung
Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI yang diadakan di Hotel Raia, di sini hari ini berjaya mencapai sasaran lebih 25,000 pengunjung, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
PM Anwar akan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani di Kedah, Kelantan dan Terengganu
Buat julung kalinya, Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 akan diadakan di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.