Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah malam ini berkenan berangkat ke majlis perkahwinan anak sulung Datuk Seri Hishammuddin Hussein di sebuah hotel di sini malm tadi.
Ketibaan Seri Paduka berdua disambut Menteri Dalam Negeri itu dan isteri, Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah. Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah turut berkenan merenjis serta
menepung tawar pasangan mempelai, Nasha Alyssa Hishammuddin, 23, dan Muhd Anas Zawawi Khalid, 25.
Turut berangkat Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob serta isteri Toh Puan Zurina Kassim.
Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dua bekas perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta isteri masing-masing, iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Tun Jeanne Abdullah.
Pasangan itu selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya pada 24 Nov lepas, dan resepsi berlangsung semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Nasha Alyssa mengusahakan butik kecantikan di ibu negara manakala Muhd Anas Zawawi, anak sulung Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dengan bekas isteri Tengku Zawiyah Tengku Izham, terlibat dalam bidang perniagaan teknologi maklumat.
Khalid, yang kini suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, dan Tengku Zawiyah turut menghadiri majlis itu.
Kira-kira 1,000 tetamu menghadiri majlis itu.
Bernama
Sun Dec 02 2012
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.
Majlis perkhawinan anak Hishamuddin meriah
Pasangan itu selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya pada 24 Nov lepas, dan resepsi berlangsung semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).